Suami Selalu Curang Isteri Nekad Ubah Suami Lepas Suami Berubah Ini Permintaan PELIK Isteri
Suami Selalu Curang. Isteri Nekad Ubah Suami. Lepas Suami Berubah Ini Permintaan PELIK Isteri !!! | Assalamualaikum wbt KRT. hidekan nama ye. Saya nak share sesuatu yang mungkin boleh bagi pengajaran pada isteri dan suami di luar sana. Saya dah berkahwin 5 tahun dan dikurniakan anak berusia 4 tahun. Dipendekkan cerita, suami saya ni ada rupa segak la jugak. Dah banyak kali dia curang dengan saya sampai satu tahap saya dah tak tahan sebab kantoi dia bawa janda balik rumah. Janda tu mengaku yang dia dah buat macam.
Sebelum ni bila kantoi saya cuma marah, saya tampar dan keluarkan kata kesat pada suami, tapi masa tu la saya tak tahan dan bawa lari anak.
Saya marah saya benci, tapi dalam masa yang sama saya rindu sebab suami seorang yang baik tak pernah pukul saya dan anak. Saya pernah pergi pejabat agama mintak borang fasakh. Saya tulis dan simpan kemas sebab hati masih tak sanggup. Saya berdoa mohon pada Allah tunjukkan jalan.
Lastly, saya balik rumah saya terfikir. Suami dalam keadaan yang masih memujuk dan saya pulak dalam keadaan yang masih merajuk. Ni la masanya nak ubahkan suami saya. Saya letakkan syarat pada dia. kalau nak saya dan anak semula. ikut syarat yang saya bagi.
Saya suruh dia solat penuh 5 waktu, jadi imam saya, hari kena pergi surau dengar tazkirah. Saya ajar dia mengaji, buang seluar pendek, ajar dia masak, ajak gotong royong sama. Tiap minggu balik kampung, haramkan porno dan handfon mesti tak bersecurity.
Dalam masa berbulan jugak saya tabah ajar dia hari sebab dia dibesarkan dengan family yang kurang didikan agama jadi saya terfikir dengan cara ni je saya boleh bantu keluarga saya. Bila dah terbiasa dengan solat, surau, ceramah, berjemaah, dosa pelan dia tinggal.
Alhamdulillah saya ucap syukur pada Allah swt. Mula terpaksa, lama terbiasa. Dia lah suami dia lah sahabat yang saya sangat banggakan sekarang. Suami berniaga, jadi dia akan jaga anak dan saya pulak kerja. Saya balik kerja jer dia dah siapkan makanan. Rajin masak, basuh baju. Uruskan rumah tangga, kerja tu saya buat sama.
Saya pulak longgarkan baju, buang seluar jean ketat. labuhkan tudung, berjinak dengan niqab. asuh anak, ajar anak dan suami mengaji. Kadang bagi tarbiyah sentap pada dia sekali sekala, lama dosa tu dengan sendirinya kita lupa.
Dua hari lepas saya cakap pada suami suruh cari isteri baru. saya teringin nak bermadu, nak merasa payung emas nanti kat syurga. niat dalam hati tu memang datang dengan sendiri sebab saya tahu suami dah tak macam dulu. dia mampu bimbing anak dan isteri. tapi suami tak nak katanya boleh sembur payung kat dapur warna emas. hehe.. mungkin malu dengan dosa dia pernah buat dulu(laki mana tak nak bermadu kan)
Dear abang, kalau baca luahan hati sayang. ketahuilah, sayang dah maafkan abang. Abang carik duit bebanyak, sayang cari wife sorang untuk abang naa. Untuk isteri kat luar sana yang diuji seperti saya, La tahzan innallaha maana. Gali ilmu akhirat, ajar suami, kita dapat pahala. Nanti kita boleh pilih mana pintu syurga yang kita nak. tu janji Allah.
Sumber:-KRT
P.S. 1 CCTV JPJ Rakam Imej Bungkusan Kain Kapan Dalam Kereta Warga Singapura Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 ANEH Suami Selalu Pulang Rumah Mak. Akhirnya Apa Yang Suami Buat Di Rumah Maknya TERBONGKAR !!!
P.S. 3 Malam Pertama Saya Salin Pakaian Di Bilik Lain. Gara-Gara Ini Suami Buat Sesuatu Di LUAR JANGKA !!!
P.S. 4 Suamiku Seorang Yang Amat Baik Tapi Disebabkan Satu SEBAB, Aku TERLANJUR Dengan Rakan Sekerja !!!
P.S. 5 Seluruh Penduduk MURTAD. 30 Tahun Pakcik Ni TERPAKSA Solat Sendirian. Allah Allah
The post Suami Selalu Curang. Isteri Nekad Ubah Suami. Lepas Suami Berubah Ini Permintaan PELIK Isteri !!! appeared first on BERITA HARIANI.
Sumber : berita hariani
Sumber :
Sumber: jubahsemalam
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
No comments: