AMARAN Paracetamol Mengandungi Virus Machupo
Virus Machupo adalah virus RNA ambisense dari family Arenaviridae. Seseorang manusia yang dijangkiti virus ini akan mempunyai simptom merasa lemah badan, demam, sakit kepala, sakit-sakit otot dan sendi. Jangkitan ini akan berlarutan kepada fasa demam berdarah yang menunjukkan symptom tompokan darah pada mata dan pendarahan melalui hidung, telinga dan mulut. Ia akan menyebabkan kematian yang cepat.
Jangkitan Machupo juga dikenali sebagai Bolivian Haemorrhagic Fever, Black thypus atau Penyakit Ordog. Ia mula dikesan di kawasan perkampungan kecil di Bolivia.
Sangat sangat menakutkan bukan?
Namun jangkitan virus Machupo adalah jangkitan berjangkit zoonosis. Maksudnya ia adalah penyakit dari binatang yang menjangkiti manusia. Mekanisma jangkitan virus ini adalah melalui tikus. Ia menjangkiti manusia melalui kencing dan najisnya. Jangkitan melalui manusia ke manusia adalah jarang walaupun mungkin berlaku.
APA ITU VIRUS?
Virus adalah mikroorganisma yang hanya dapat membiak atau mereplikasi dirinya untuk menghasilkan lebih banyak virus dalam organisma lain. Ia mesti mempunyai perumah dari organisma lain.
Partikel virus, atau virion kebiasaanya hanya terdiri dari:
- bahan genetic seperti RNA, DNA yang mengekod informasi genetic virus
- kot protein (capsid), yang melindungi RNA atau DNA
- protein envelop atau lipid yang melindungi capsid
Virus biasanya akan menyutik RNA atau DNA kedalam hos perumah (organisma lain) dan akan menggunakan sistem perumah untuk menghasilkan material seperti RNA/ DNA, capsid dan envelop untuk menghasilkan virus yang lebih banyak. Ia adalah bersifat parasit.
Contoh-contoh jangkitan virus adalah seperti selesema, influenza, selesema burung (virus H1N1), herpes, AIDS (virus HIV).
ADAKAH BENAR PARACETAMOL MENGANDUNGI VIRUS MACHUPO?
Walaupun pembangunan virus Machupo sebagai senjata biologi telah dijalankan. Namun, kebarangkalian untuk virus Machupo dalam paracetamol menjangkiti manusia adalah tipis.
Seperti kebanyakan virus virus lain, virus Machupo tidak mampu untuk hidup dan menjangkiti tanpa perumah. Kebanyakan virus hanya mampu bermandiri dipermukaan kering hanya selama beberapa minit atau beberapa jam.
Virus flu contohnya hanya mampu bertahan selama 1-4 jam pada udara (air-droplet), hanya 15 minit pada tangan atau tisu manusia. Kebanyakan virus-virus lain juga mempunyai jangkahayat kurang dari 24 jam diudara atau permukaan.
Jadi, berita mengenai paracetamol mengandungi virus Machupo, tin nenas mengandungi virus HIV, jarum peniti berkarat di panggung wayang punca HIV adalah besar kemungkinan hanya wayang semata-mata!
Sumber: RootOfSience
Sumber:
Sumber: citeheboh
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
No comments: