Header Ads

KINI VIRAL Abang PEROKOK Tapi Dia Lah Abang Paling BEST Sebabnya Buat Korang Akan JELES

Abang PEROKOK. Tapi Dia Lah Abang Paling BEST. Sebabnya Buat Korang Akan JELES !!!| Beza umur aku dengan abang aku agak jauh. 7 tahun. Di sebabkan jurang usia yang agak besar antara kitorang, kitorang tak pernah bergaduh sejak aku baligh. Abang aku pula bukan jenis pemarah. Dia tak pernah tinggi suara kt mak ayah aku dan ini membuatkan mak ayah aku sayang abang aku. Dia selalu dengar cakap mak ayah melainkan dia merokok secara sembunyi. Well, manusia bukan sempurna haha.

screen-shot-2016-11-20-at-3-40-22-pm


Abang aku merokok. Selama 10 tahun. Even tunang dia pun tak tahu dia merokok. Dalam kalangan family, aku sorang je tahu dia merokok. Banyak kali dia pesan kt aku supaya jangan merokok. Dia kantoi dengan aku 5 tahun lepas. Dia cakap

Abg kalau blh la kan, taknak Aman tahu abg smoke. Abg risau Aman pun akan follow abg. Smoke ni teruk. Orang bodoh je smoke

Jadi aku tanya la dia kenapa dia smoke kalau orang bodoh je smoke. Dia cakap kat aku yang dia, sbg abang, dia anggap diri dia sebagai tikus makmal. Dia akan lalui dulu segala ujian dunia. Apa yang tak bagus, dia akan pesan kepada adik dia supaya JANGAN buat benda ni etc etc.

Oleh sbb tu, dia pesan ni kat aku

1. Masa di asrama, elakkan tidur lambat waktu hujung minggu. Sebab waktu mcm ni la budak2 asrama akan smoke. Dorang akan recruit orang baru utk smoke.

2. Masa outing, jangan pernah cuba cuba nak sedut sikit bila member offer rokok. Cakap je taknak mulut berbau bila masuk pagar sekolah nanti. Abang aku tipu aku dia cakap bila sedut satu kali, gosok gigi berkali2 pun takkan hilang bau.

3. Bila masuk universiti, elakkan lepak terlalu lama dengan member2 yang smoke. Sebab lama2. Kita akan terikut dorang. Expect ayt ni dari mulut dorang tak best lepak mnum kalau tak smoke.

4. Kalau Aman smoke, memang fail la abang sbg seorang abang. Sebab role abg kena pastikan Aman lead a better life.
Masa aku nak masuk asrama penuh, abg aku adalah orang yang paling happy. Dia rela balik kg dari universiti semata mata utk daftar kan aku di sbp pada hari pertama. Aku ingat lagi masa kami satu family bawak barang ke dorm. Abg aku lah yang susun hanger, baju, cara tegangkan cadar. Dia ajar juga aku cara nak cuci pakaian dengan cepat dan efisyen. Sebab dia pun study di sbp dlu.

Dia pesan,

a. Aman kena selalu ambil note dalam kelas. Kalau orang minta note, bagi je. Ajar dorang. Jangan kedekut ilmu.
b. Duduk belakang takpe asalkan fokus. Kalau mengantuk, tidur je. Jangan paksa diri. No point bersengkang mata kalau tak fokus. So tidur kena cukup
c. Join rugby dan jadi pengawas. Sebab kalau Aman main rugby dan jadi pengawas, cikgu2 akan pay more intention pada Aman.
d. Sentiasa bersukan setiap hari waktu petang. Bila selalu turun petang2, orang akan kenal Aman. Member jadi ramai. Hidup akan jadi aktif
e. Jangan pernah kapel dalam sekolah. Sebab kalau mak tahu, mak datang sekolah. Nanti Aman malu.
f. Sentiasa aim utk jadi top 25 dalam setiap peperiksaan. Kalau mampu dapat top 25 utk 2,3 kali peperiksaan, insyaAllah ranking tu akan stay smpai habis Form 5.
g. Jangan study last minute. Prep petang dan malam kena gunakan sepenuhnya. Fahamkan fundamental dulu sebelum jawab soalan. Kalau tak faham, tanya cikgu dulu sebelum tanya kawan.
h. Kalau homesick, beli manga. Sebab kalau baca manga, kita jadi happy.

So aku tanya dia, abg buat ke semua ni? Dia jawab,

Abang mampu buat separuh je. Abang amanatkan Aman la utk buat separuh lagi. Kalau Aman buat semua ni, Aman akan success, straight A SPM, haha

Masa aku akhir tahun Form 3, abang aku pesan utk get ready waktu cuti sbb dia nak ajar aku Add Math, Physics dan Chemistry. Dia cakap 3 subject ni adalah subject killer. Kena dapat pendedahan awal supaya aku tak blur masa cikgu mengajar utk syllabus Form 4. Dia cakap dia tak boleh ajar Biology sbb dia teruk subject ni. So aku kena belajar sendiri.

Masa aku nak ambil slip spm, abang aku lah yang paling excited utk ambil result. Masa trial spm dlu, abang aku dah apply macam2 biasiswa dan permohonan masuk ke universiti utk aku. Dan masa nak ambil result, abang aku asyik berceloteh kemana arah tuju aku lepas spm.

Aku ingat lagi masa aku sekolah rendah, abang aku tanya aku, nanti besar nak jadi apa

Aku jawab, orang nak kerja dengan abang. Dia akan gelak. Dan dia cakap yang dia nak jadi engineer. Dia sambung lagi, abang ambil engineering sebab abang tak mampu nak amik medic. Mak ayah nak anak dia jadi doctor. Jadi tugas Aman utk makbulkan impian mak ayah. Aman nk ke jadi doctor?

Aku tanya abang aku, antara doctor dengan engineer, mana lagi hebat. Abang aku jawab, doctor lagi hebat. Kalau aku amik doctor, abang aku cakap yang aku telah berjaya kalahkan dia. Haha

Tapi lepas amik result spm, aku bertukar cita2. Dengan result aku, mak ayah aku nak aku ambil medic. Tapi aku nak jadi engineer jgk. Mcm abang aku. Walaupun pada awalnya, mendapat tentangan dari mak ayah aku. Sebab aku satu satunya anak harapan dorang utk jadi doctor.

Tapi abang aku support pilihan aku. Dia apply biasiswa uk aku smbung ke luar negara. Banyak kali dia rehearse aku utk interview. Sebab dia cakap yang dia gagal smbung oversea sebab dia kantoi masa interview.

Dia kata lagi, kalau dia sambung local, aku kena sambung oversea. Dia mengharapkan agar aku rebut this opportunity. Supaya aku blh surpass dia. Dan akhirnya, aku berjaya mendapat tawaran pengajian di luar negara dgn biasiswa JPA. Tapi aku sambung local. Memandangkan mak aku lebih prefer aku dekat dengan family. Macam abang aku.

Sebelum aku further study, banyak soalan berkenaan dengan engineering aku tanya dia. Memandangkan dia dah jadi engineer, so banyak la benda yang dia share. Aku keliru mcm mana engineer bekerja. Dia cakap, engineer ni banyak jenis. Ada RnD, manufacturing, construction, oil and gas dan etc. Lepas aku habis study, aku akan tahu arah mana yang aku nak pilih.

Dia ada bg gambaran sikit utk aku,

Bayangkan Aman nampak seekor burung dan Aman nak baling batu bagi kena. Burung tu jauh dan Aman baling tak sampai.
Engineer akan kira berapa daya yang Aman perlukan dan berapa angle antara lengan Aman dan bahu supaya aim betul2 kena

So aku jawab la mustahil utk tentukan daya dan angle. Macam mana nak setting?
Dia jawab,

Sebab tu engineer cipta senapang. Dia memudahkan kerja manusia.

Basically, hidup aku banyak ditolong oleh abang aku. Sebagai seorang adik, aku dah tak minta lebih dari seorang abang. Sepanjang aku study, abang aku lah yang banyak support aku dari segi kewangan. Dia buat kerja part time semata mata nak support aku study. Dia jadi part time tutor. Repair laptop. Buat kereta sewa. Dia beli laptop utk aku buat assignment dan motor utk aku ke kelas. Elaun setiap bulan walaupun dia kadang2 tersepit.

Kadang2 aku segan sebab aku tak tahu nak balas jasa dia mcm mna. Apa yang aku tahu, kalau aku blh achieve something better than him, itu yang membuatkan abang aku gembira. Bila aku tengok abang aku gembira, itulah yang membuatkan aku lebih bersemangat untuk score dekan setiap semester. Aku takkan sia siakan segala pengorbanan dan ajaran dia
Utk abang, you are the best older brother in the world. Aku tahu abang aku takkan baca confession ni sbb dia tak aktif fb. Tapi aku nak semua orang tahu yang aku ada abang sehebat dia. Thank you.

KREDIT Aman (bukan nama sebenar) via IIUM.

Sumber: rotikayaku

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

No comments:

Powered by Blogger.