Dahlah guna lorong kecemasan potong barisan dia maki hamun orang pulak
PUTRAJAYA – Berang tidak diberi peluang masuk semula ke lorong kiri, seorang pemandu tergamak memaki hamun dan menunjukkan isyarat lucah pada pengguna jalan raya yang lain.
Difahamkan kejadian berlaku pada 31 Januari lalu di mana pemandu kereta Proton Persona terbabit telah menyalahgunakan lorong kecemasan dan kemudian cuba memotong barisan di depan pengadu.
“Hang bawak ikut lorong kecemasan, lepaih tu hang nak masuk orang tak bagi, hang pi maki hamun orang pulok? Ceh! Bodo piang.
“Mentang-mentanglah kereta aku kereta lama. Aku bayaq tol jugak la. Siap smart tag lagi tau,” kata Faizul Ismail.
Bagi Faizul, apa yang berlaku adalah melibatkan sikap individu berkenaan, bukan melibatkan bangsa.
“Aku bukan rasis, kawan aku pun ramai India juga. Semua baik-baik, tak macam seorang ni. Isteri dia pun nampak baik,” katanya.
Status dan gambar yang dimuat naik oleh Faizul itu viral di media sosial dan mendapat 8,919 perkongsian yang rata-ratanya mengecam tindakan pemandu Persona yang dianggap sebagai samseng jalan raya.
Pengguna jalan raya dinasihatkan banyak bersabar dan tidak memotong barisan ketika kesesakan lalu lintas. Tindakan seperti itu hanya akan mengundang kemarahan pengguna yang lain dan seterusnya menyumpah anda selama 7 keturunan. – The Reporter
Sumber: thereporter
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
No comments: