KINI VIRAL Jangan Selongkar Telefon Bimbit Pasangan Anda Dan Rahsiakan Empat Hal Ini Dari Pengetahuan Orang Lain Demi Menjaga Nikmat Berumah Tangga
Jangan Selongkar Telefon Bimbit Pasangan Anda, Dan Rahsiakan Empat Hal Ini Dari Pengetahuan Orang Lain, Demi Menjaga Nikmat Berumah Tangga
Apabila sudah berumah tangga, kita pasti inginkan kehidupan yang harmoni, dan dijauhkan dari segala sifat syak wasangka, atau berahsia antara satu sama lain. Ia bukanlah untuk mengetahui setiap apa yang dilakukan oleh pasangan, cuma untuk mengambil berat, atau lebih kepada membantu jika dalam kesusahan.
Namun begitu, dalam berumah tangga, masih terdapat ruang privasi di antara pasangan yang anda perlu tahu, dan seharusnya elakkan diri dari menyelongkar barang peribadi pasangan, seperti telefon bimbit.
Bukan itu sahaja, jika anda dan pasangan anda mempunyai rahsia antara satu sama lain, dan tidak mahu orang lain tahu, anda seharusnya menghormati pilihan tersebut, kerana mungkin ia akan memalukan pasangan anda.
Rahsia bagaimanakah yang anda harus diamkan diri, dari memberitahu orang lain? Menurut perkongsian dari saudaraKamarul Ariffin Nor Sadan, terdapat 7 rahsia pasangan anda yang harus dirahsiakan dari pengetahuan orang lain, juga diri anda sendiri, yang turut merangkumi ruang peribadi, iaitu telefon pasangan.
Mari kita tengok apakah rahsia yang perlu kita simpan.
JANGAN SELONGKAR TELEFON BIMBIT PASANGAN ANDA!
Memang benar, tidak patut ada rahsia dalam sesebuah rumahtangga. Namun,peraturan itu hanya terpakai untuk hal-hal berkenaan rumah tangga sahaja, bukanuntuk semua perkara.
Memandangkan pada hari inikita kendalikan pelbagai urusan hidup kita menggunakan telefon bimbit,terdapatbanyak maklumat dan rahsia yang melangkaui hal rumahtangga yang tersimpan dalam telefon bimbit seseorang.Oleh itu, tak patut anda ceroboh telefon bimbit suami atau isteri anda.
Apa yang rahsia pasangan kita yang kita tidak patut tahu?
a. Rahsia Rakan
Kadangkala, atas sebab-sebab tertentu,rakan atau ahli keluarga pasangan anda berkongsi tentang masalah peribadi mereka kepada pasangan andatetapi mereka tak mahu orang lain tahu. Contohnya; masalah kesihatan, masalah kewangan, atau masalah kerohanian.
b. Rahsia Kerja
Kebanyakan antara kitamempunyai grup WhatsApp rakan sekerjadan dalam grup ini, kitabincang hal-hal pekerjaan, termasuk rahsia syarikat atau rahsia klien.Menjaga rahsia-rahsia ini adalah amanah kita. Begitu juga pasangan anda jika dia bekerja.
Hormati privasi pasangankalian, danhormati amanahyang perlu dijaga olehnya.Minta keizinan pasangan kalian untuk selongkar telefonnya.Jika dia benarkan, maka teruskanlah.Sebelum buka setiap mesej individu, minta izin lagi. Takut dia terlupa ada rahsia yang perlu disimpan.
Jika dia tak benarkan, baru kau sergah. Haha.
Oh ya! Alang-alang berpesan,berikut adalah antara rahsia-rahsia yang kalian suami-isteri kena simpan dengan rapi.Biar pecah di perut, tidak di mulut.
1. Rahsia Khusus
Rahsia yang pasangan anda minta anda rahsiakan.Sekecil mana pun ia, perlu dijaga.Ini asas kepercayaan.Contohnya; Isteri tak pandai masak, dan dia mohon suami rahsiakan. Suami tak pandai buat susu anak, dan dia minta isteri rahsiakan.
2. Rahsia Keselamatan
Rahsia yang boleh mengancam keselamatan dan privasi pasangan.Contohnya; nombor telefon, alamat tempat kerja, nama emak atau adik beradik, dan sebagainya.Minta izin daripada pasangan anda sebelum dedahkan butiran seperti ini.
3. Rahsia Harta Benda
Harta benda dan kewangan keluarga juga adalah rahsia. Ini termasukjumlah pendapatan pasangan, hartanah, barang kemas, pelaburan dan sebagainya.Kurangkan tayang di media sosial.
4. Rahsia Bilik Tidur
Apa yang terjadi di dalam kelambu, eloklah tersimpan di dalam kelambu.Andai kata ada kekurangan, bawa berbincang dengan pasangan. Dapatkan khidmat doktor atau kaunselor jika perlu.
Akhir kata,jaga hubungan kalian suami-isteri. Fokus untuk setia.Jika anda terlalu sibuk ingin buktikan pasangan anda selingkuh. Itu akan merosakkan nikmat berumah tangga.
Moga bermanfaat.
Sumber: rotikayaku
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
No comments: