Header Ads

KINI VIRAL Jatuh Parit Ketika Kejar Penunggang Motosikal Tak Pakai Helmet Dua Anggota JPJ Nyaris Maut

(Video&Gambar) Jatuh Parit Ketika Kejar Penunggang Motosikal Tak Pakai Helmet, Dua Anggota JPJ Nyaris Maut

4.jpg

Pekan: Dua anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang nyaris maut selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki terbabas ke dalam parit di Kilometer 140 Jalan Kuantan-Rompin berhampiran Merchong di sini, semalam, laporHarian Metro.
Kejadian berlaku ketika anggota berkenaan sedang mengejar pesalah trafik sempenaperayaan Tahun Baru Cina.

Pengarah JPJ Pahang, Datuk Mark Ujin berkata, sebelum kejadian anggota berkenaan sedang melakukan rondaan di kawasan berkenaan kira-kira jam enam petang.

Katanya, ketika tiba di tempat kejadian, anggota JPJ berkenaan terserempak dengan dua lelaki menaiki motosikal dengan tidak memakai topi keledar.

“Anggota kita meminta mereka memberhentikan kenderaan berkenaan namun mereka enggan dan terus memecut motosikalnya.

“Kita cuba mengejar suspek sehingga melalui jalan berbatu dan sebaik melalui kawasan selekoh, kenderaan kita gagal dikawal sebelum terbabas dan masuk ke dalam parit di tepi jalan berkenaan,”katanya.

Bagaimanapun dua anggota berkenaan tidak cedera dan berjaya keluar dari kenderaan berkenaansambil dibantu penduduk kampung yang melalui kawasan kejadian. –Siakapkeli.my


1.jpg


2.jpg

Sumber: rotikayaku

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

No comments:

Powered by Blogger.