Header Ads

Katerer punya pasal pengantin tak dapat makan dan tetamu terpaksa makan nasi berlaukkan kuah sahaja

2k1XJ6c

SHAH ALAM, SELANGOR – Majlis raja sehari pasangan pengantin ini terjejas ekoran kegagalan pihak katerer menyediakan makanan seperti yang dijanjikan. Akibatnya, para tetamu yang hadir terpaksa makan nasi berlaukkan kuah sahaja, malah kedua-dua pengantin juga turut tidak dapat makan.

Amnina Azmi, kecewa dengan tindakan tidak profesional pihak katerer terbabit yang masih berdiam diri hingga ke hari ini.

“Buat yang hadir, pasti sudah tahu perihal katerer kami yang bermasalah. Jutaan maaf kepada yang hadir tetapi hanya makan nasi berlaukkan kuah.

“Jangankan kambing, lauk asas pun gagal disediakan seperti yang dijanjikan dengan sempurna. Sedih memang sedih, tetapi kami akan perjuangkan hak kami sebagai pengguna,” katanya.

Menurut Amnina lagi, bayaran penuh terhadap katerer telah dibuat sehari sebelum majlis. Namun, separuh dari makanan yang telah dijanjikan tidak dihantar ke majlisnya.

“Saya akan ambil tindakan mengikut prosedur. Bukannya menyerang pihak katerer sesuka hati dan tiada gunanya berbuat demikian selain mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya.

2k1RD5U

Ekoran kejadian yang memalukan itu, Amnina yang masih memakai pakaian pengantin terus pergi membuat laporan polis di Balai Polis Jelutong dan Tribunal Pengguna untuk tindakan selanjutnya. – The Reporter

sumber : www.gengviral.com

Sumber: 1citemalaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

No comments:

Powered by Blogger.