KINI VIRAL Kerajaan Johor Nafi Keluarkan Kad Pengenalan Bangsa Johor
Kerajaan Johor Nafi Keluarkan ‘Kad Pengenalan Bangsa Johor’
JOHOR BAHRU, 2 Feb– Kerajaan Johor hari ini menafikan mengeluarkan ‘kad pengenalan Bangsa Johor’ sepertimana yang viral di media sosial hari ini.
Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri, Azmi Rohani, kad seumpama itu tidak pernah dikeluarkan oleh kerajaan negeri atau mana-mana jabatan negeri ini.
“Kad berkenaan tidak pernah dikeluarkan oleh pihak kerajaan negeri atau mana-mana jabatan kerajaan negeri ini.
“Penggunaan identiti Johor bagi tujuan sedemikian rupa tanpa merujuk kepada pihak Setiausaha Kerajaan Negeri adalah dilarang sama sekali,” katanya sebagaimana lapor Sinar Online.
Sebelum ini, keratan gambar serta borong permohonan untuk mengaplikasi kad pengenalan itu tersebar di media sosial.
Menerusi borang permohonan tersebut, kononnya pemegang kad akan menerima pelbagai kebaikan seperti diskaun, pakej khairat kematian, skim rawatan dan lain-lain.
Keratan mesej yang viral di media sosial. |
Sumber: rotikayaku
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
No comments: