Saya terpaksa videokan apa yang ayah selalu buat kepada saya ketika tiada orang dirumah
Seorang gadis berusia 18 tahun terpaksa merakam perbuatan bapa merogolnya sejak empat tahun lalu bagi membuktikan kepada ibunya yang tidak mempercayai aduannya itu.
Sarita Devi (bukan nama sebenar) dari Jalaun, wilayah Uttar Pradesh, merakamkan perbuatan bapanya dengan telefon bimbit.
Sarita berkata, dia tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa merakam perbuatan bapanya itu untuk dijadikan bukti kerana ibu serta kakaknya tidak pernah percaya jika memberitahu lelaki itu sering merogolnya jika tinggal di rumah berseorangan.
Bapa sering menyerang secara seksual sejak empat tahun lalu. Saya pernah cuba mengadu mengenai perkara ini, namun tiada siapa yang mempercayainya.
Saya tidak mempunyai bukti. Jadi saya nekad mahu mengumpulkan bukti untuk menengakkan keadilan, katanya.
Tambah Sarita, dia bertindak meletakkan telefon bimbit secara sembunyi di tingkap rumahnya untuk merekodkan perbuatan bapanya itu.
Video berkenaan kemudian ditunjukkan kepada ibunya sebelum melaporkan kepada pihak berkuasa. Lelaki yang berusia 53 tahun itu kemudiannya ditahan.
Saya tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa merakam perbuatan bapa itu untuk dijadikan bukti kerana ibu serta kakaknya tidak pernah percaya..
Link Video
Sumber: kisahhvirall
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
No comments: