Najib Terus Kukuh Walaupun Dikritik Dr Mahathir
Najib Terus Kukuh Walaupun Dikritik Dr. Mahathir
Published on Aug 14, 2016 in Politik/Terkini
KUALA LUMPUR Walaupun dikritik dengan begitu hebat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terbukti terus mempunyai kedudukan yang amat kukuh.
Menurut artikel tulisan editor South China Morning Post, Zuraidah Ibrahim, yang disiarkan akhbar itu hari ini, Najib adalah ahli politik yang boleh diibaratkan seperti bank besar, yang terlalu besar untuk gagal.
Ketika menghadiri satu perhimpunan tahun lepas, Mahathir menyeru PM supaya berundur. Pada Mac tahun ini, beliau keluar daripada parti pemerintah, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
Barangkali, beliau menjangka langkah simbolik itu akan memberi semangat dan keberanian secukupnya kepada mana-mana ahli politik dalam UMNO untuk melancarkan cabaran dari dalam terhadap Najib, tulis Zuraidah dalam artikel itu.
Editor berkenaan bagaimanapun menyifatkan langkah terbaru Dr Mahathir itu hanya akan berisiko memudaratkan legasinya sendiri.
Berbeza dengan memperoleh apa yang dihajatinya pada 2003, kali ini beliau (Dr Mahathir) mungkin mendapati dirinya meninggalkan gelanggang sebagai orang yang kecundang, katanya.
Zuraidah juga membuat perbandingan antara Dr Mahathir dan nemesis lama beliau, mendiang Lee Kuan Yew, bekas perdana menteri Singapura, yang menurut editor itu, memiliki semangat juang yang sama kentalnya.
Bagaimanapun, kata beliau: Daripada bersuara dalam kerajaan dalam beberapa kedudukan tidak rasmi secara samar, Lee selalunya lebih suka mempunyai kerusi formal dan bersuara dengan jujur.
Tahu bilakah untuk berundur adalah satu daripada keputusan kritikal yang perlu dibuat seseorang pemimpin, dan sejarah penuh dengan pemimpin yang bagus, tetapi gagal dalam aspek itu BERNAMA
Tags: Dr. Mahathir MohamadNajib Tun Razak
Anda Juga Mungkin Berminat
Aug 4, 2016
Permohonan Najib Batalkan Saman Tun M Didengar 7 Nov
KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 7 Nov bagi mendengar permohonan Perdana Menteri Datuk
Mar 26, 2016
Saman Dr Mahathir Terhadap Najib Hanyalah Agenda Politik
PETALING JAYA Tindakan guaman yang difailkan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak oleh
Oct 23, 2015
Tun M Kini Mengaku Kalah, Sukar Singkir PM Najib
KUALA LUMPUR Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui bahawa peluang untuk menyingkirkan Perdana
Post navigation
Previous Story Previous post: Najib Mampu Jadikan Msia Negara Terbaik Dr. Amin
Terkini dari Politik
Aug 14, 2016
Najib Mampu Jadikan Msia Negara Terbaik Dr. Amin
BEKASMufti Jordan,Prof. Dr. Amin Mohammad Sallam Al-Manasyeh percaya Perdana MenteriDatuk Seri Najib Aug 14, 2016
BN Melaka Akan Usul Pertambahan Tiga Kerusi
SEREMBAN Barisan Nasional (BN) Melaka akan membawa usul bagi menambah kira-kira Aug 14, 2016
Pembangkang Manipulasi Isu Ibarat Uji Kaji Kimia Berisiko
PADANG RENGAS Kecenderungan pembangkang memanipulasi pelbagai isu kebelakangan ini ibarat uji Aug 14, 2016
Perbetulkan Segala Yang Tak Kena Dalam UMNO Sendiri
KOTA TINGGI Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru anggota Aug 13, 2016
Sumbangan UMNO Untuk Islam Banyak, Tapi Tak Disedari
BESUT UMNO adalah parti yang paling banyak menyumbang dalam membangunkan agama
Advertisement
We are offering exclusive and effective positioning in addition to traditional placements and a chance to be part of the most authentic representation of today’s outlook on lifestyle. advertisement@mynewshub.my
Kategori
- Artis
- Gadjet
- Gaya Hidup
- Hangat
- Jenayah
- myVideo
- Politik
- Resepi
- Slider
- Sukan
- Terkini
- Utama & Sensasi
- Video Viral
Tags
1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahJerebukanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautKerajaankes bunuhKhairy JamaluddinlelakiMalaysiamautMayatMH17MH370myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi
Subscribe in a reader
Powered by Extra Media Network
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
No comments: