Along cham zila sah bercerai talak satu
Melalui laporan Harian Metro hari ini, pelakon dan pelawak, Along Cham telah sah bercerai talak satu dengan isterinya, penyanyi, Zila Seeron di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari.
BACA: Setiap Hari Isteri Minta Cerai
Along telah melafazkan talak satu itu di hadapan Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Along selaku plaintif, pagi ini. Along memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
Abd Halim kemudian mensabitkan berlaku perceraian dengan talak satu dan memerintahkan Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron, 28, menjalani tempoh edah selama tiga bulan, mendaftarkan perceraian mereka di pejabat agama daerah Petaling dan sijil nikah dibatalkan.
Sebelum ini, Along enggan memberikan sebarang komen berkaitan kejadian bekas isterinya yang ditangkap khalwat. Pasangan itu bernikah pada 23 Januari 2010 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Danial berusia 5 tahun. (rtky/s)
SUMBER
harian metro
Sumber: Rotikaya
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
No comments: