Tahu Kenapa Kita Kena Sentiasa Jemur Bantal Tidur
Oleh Feyra Nasrom
Dalam sebulan, berapa kali korang jemur bantal tidur? Bantal merupakan tempat paling senang bakteria dan kuman untuk hinggap dan tumbuh . Disebabkan itu, segala penyakit, alergi dan sebagainya datang punca dari bantal itu bersih atau kotor. Jadi, untuk menghindari diri dari kena dengan pelbagai penyakit, korang kena rajinkan diri jemur bantal bawah cahaya matahari. Sebab? Haa jom baca dekat bawah ni:
1. Mencegah Lembab
Untuk pengetahuan korang, bantal diperbuat dari bahan yang boleh menyerap air. Ia tidak bebas lembab dan caranya hanya jemur di bawah cahaya matahari agar untuk mengelakkan ia jadi lembab. Jadi, kuman atau bakteria pun akan hilang.
2. Tingkatkan Volume
Bantal yang selalu dipakai akan jadi penyek dan untuk kembalikan ia kembang seperti biasa, korang jemur bawah cahaya matahari okay.
3. Cegah Sakit Leher
Bantal yang dijemur akan kembalikan nikmat tidur anda dengan lebih baik. Kadang-kadang, kita akan rasa tak selesa bila nak tidur, sebab? Keadaan bantal yang dijemur tingkatkan balik volume bantal tersebut sekaligus akan membuatkan kita dapat tidur dengan nyenyak.
Sumber: gengviral
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
No comments: