Header Ads

Ahli UMNO Berpihak Kepada Mukhriz Boleh Keluar Parti

Johari Baharom

Ahli UMNO Berpihak Kepada Mukhriz Boleh Keluar Parti

Published on Aug 13, 2016 in Politik/Terkini

JITRA AhliUMNO yang masih berpihak dan menyokong Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir boleh keluar daripada parti itu kerana hanya merosakkan perpaduan dalam parti, ibarat gunting dalam lipatan.

Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Seri Mohd Johari Baharom berkata sekiranya anggota terbabit kekal dalam UMNO, ia hanya menyebabkan pecah belah dalam kalangan anggota lain yang taat pada perjuangan parti.

Sebelum ini ramai yang keluar UMNO apabila menyokong kepimpinan UMNO yang keluar parti dengan menubuhkan parti baharu seperti Semangat 46 dan PKR tetapi akhirnya mereka kembali kepada UMNO.

UMNO merupakan sebuah parti yang kukuh dan sebagai anggota UMNO kita akan pertahankan kepimpinan kita yang bersilih ganti bagi memastikan parti yangmemperjuangkan bangsa Melayu terus utuh pada masa depan, katanya selepas perasmian Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu, di sini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertahanan berkata UMNO tidak menghalang
anggotanya keluar parti disebabkan rasa simpati terhadap Mukhriz dengan menyokong parti baharu yang ditubuhkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Johari berkata ini kerana sekiranya anggota parti yang menyokong Mukhriz dihalang daripada keluar parti berkemungkinan mereka ini akan menjadi duri dalam daging yang mana mereka akan menyalurkan pelbagai maklumat sulit berkaitan UMNO.

Beliau berkata UMNO tidak mahu mereka terbabit menjadi ejen kepada parti lain yang akan merosak dan memporak-perandakan keharmonian sesama anggota dan kepimpinan parti.

Katanya krisis yang berlaku dalam parti itu tidak mematahkan semangat perjuangan anggota parti yang ditunjangi Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kita mesti patuh kepada pemimpin yang dilantik sama seperti kita mempertahankan Tun Mahathir suatu ketika dahulu ketika UMNO dilanda krisis besar sehingga beliau (Tun M) menjadi Perdana Menteri selama 30 tahun, katanya.

Ujarnya anggota UMNO boleh melupakan pemimpin yang lepas (Mukhriz) dan memberi fokus dalam mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. BERNAMA

  • Facebook
  • Twitter
  • Google
  • Pinterest

Tags: Mukhriz MahathirUMNO

Anda Juga Mungkin Berminat

Muhyiddin, Mukhriz Mungkin Sertai Parti Lain Jun 26, 2016

Muhyiddin, Mukhriz Mungkin Sertai Parti Lain?

KUALA LUMPUR Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dipecat daripada UMNO

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Jan 21, 2016

Tiada Tindakan Disiplin Terhadap 14 Ketua UMNO Bahagian Kedah

KUALA LUMPUR Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini berkata tidak

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir . Jan 21, 2016

Saya Tetap Setia Kepada UMNO Mukhriz

ALOR SETAR Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir menegaskan bahawa beliau tetap setia

iklan bisnes rakyat KLIK SINIlaman santai4KPWKMskmm

Post navigation

Previous Story Previous post: Video: Detik Lori Terbalik Sebelum Nahas Di Lebuh Raya

Terkini dari Politik

Khaled Nordin Aug 12, 2016

UMNO Johor Diminta Senarai Ahli Taja, Promosi Pribumi

JOHOR BAHRU UMNO Bahagian di negeri ini diminta menyenaraikan anggota mereka Datuk Ahmad Yakob Aug 12, 2016

PAS Kekal Keputusan Mahu Saman Sarawak Report

KOTA BHARU PAS mengekalkan keputusan untuk menyaman Sarawak Report berhubung dakwaan Putin Tuduh Ukraine Cuba Lancar Serangan Di Crimea Aug 11, 2016

Putin Tuduh Ukraine Cuba Lancar Serangan Di Crimea

MOSCOW Presiden Russia, Vladimir Putin, membidas Ukraine yang didakwa cuba menceroboh Duterte Arah Musnahkan Abu Sayyaf Aug 11, 2016

Duterte Arah Musnahkan Abu Sayyaf

MANILA Presiden Filipina, Rodrigo Duterte hari ini, mengarahkan tentera memusnahkan kumpulan Parti Bersatu Sukar Agih Kerusi Hadapi PRU-14 - Musa Aug 10, 2016

Parti Bersatu Sukar Agih Kerusi Hadapi PRU-14 Musa

KUALA LUMPUR Betul ke tidak betul itu belakang cerita. Namun ini

Advertisement

We are offering exclusive and effective positioning in addition to traditional placements and a chance to be part of the most authentic representation of today’s outlook on lifestyle. advertisement@mynewshub.my

Kategori

  • Artis
  • Gadjet
  • Gaya Hidup
  • Hangat
  • Jenayah
  • myVideo
  • Politik
  • Resepi
  • Slider
  • Sukan
  • Terkini
  • Utama & Sensasi
  • Video Viral

Tags

1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayiChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahJerebukanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautKerajaankes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatMH17MH370myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi

Subscribe in a reader

  • Facebook
  • Twitter

Powered by Extra Media Network

Sumber: mynewshub

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

No comments:

Powered by Blogger.