Header Ads

Pagi Tadi SUFIE DATANG RUMAH SAYADia BUKAN LAGI SayuSEBAK HATI BAPA SUFIE Ceritakan KEJADIAN PELIK TERJADI Pada Anaknya SELEPAS MALAM PERKAHWINAN Dengan Janda Anak Lima

sufie.jpg



KUALA PENYU: “Sudah suka sama suka, biarkanlah…doakan mereka bahagia,” itu kata Matalin Utam, 52, bapa kepada remaja lelaki yang gambarnya bernikah dengan ibu tunggal anak lima berusia 42 tahun yang viral baru-baru ini.


Matalin berkata, Mohd Sufie, 18, menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan ibu tunggal itu beberapa hari sebelum hari bernikahan mereka.


Matalin juga mengakui dia terkejut sebaik mendengar hasrat Sufie itu namun akur dengan hasrat anaknya itu.


Pada mulanya saya terkejut sebab dia pilih wanita lebih berusia, tapi bila fikir balik saya dan isteri tiada masalah. Kami gembira dan merestui perkahwinan mereka, asalkan tidak buat apa-apa perkara yang tak betul.


Pagi tadi Sufie datang ke rumah, saya pesan kepadanya sekarang dia bukan lagi bujang, tetapi sudah ada tanggungjawab sebagai suami dan bapa kepada lima anak tiri, kena layan anak-anak itu seperti anak sendiri.


Saya cakap jangan peduli cakap orang, asalkan tak kacau isteri orang sudahlah,” katanya sambil meminta orang luar tidak ‘membawa mulut’ mengenai perkahwinan anaknya, sebaliknya mendoakan kebahagiaan mereka.



Dayang Sopiah, yang kini isteri kepada Sufie, seorang suri rumah dan memiliki lima anak berusia lima hingga 16 tahunhasil perkahwinan sebelum ini.


Pasangan itu dikatakan sedang bercuti di Kota Kinabalu. Sementara itu, Janawiyah, ibu Sofie, berkata ketika pagi sebelum bernikah di Majid Daerah Beaufort, Selasa lalu, dia bertanya kepada Mohd Sufie adakah dia benar-benar mahu memperisterikan Dayang Sopiah.


Dia kata pilihannya muktamad…saya tanya juga anak-anak Sufie sama ada boleh terima dia sebagai bapa, mereka kata tiada masalah.





“Jadi menerima keputusannya dan berharap mereka berbahagia,” katanya mengakui mengenali Dayang Sopiah sudah lama kerana menantunya itu biasa bermain bola tampar di kampungnya.

> K1ik jika rasa post ini patut dibuangArtikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Kami tidak bertanggungjawab keatas segala pandangan terhadap artikel ini. Terima kasih

Sumber: superkiram

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

No comments:

Powered by Blogger.