Pengakuan Pengantin Lelaki 18 Tahun Mengapa Nikahi Wanita 42 Tahun
Pengakuan Pengantin Lelaki 18 Tahun Mengapa Nikahi Wanita 42 Tahun
Satu pengakuan dan pendedahan dari remaja 18 tahun Mohd. Sofi Mat Ali yang memilih Dayang Sopiah 42 tahun sebagai isteri ternyata membuktikan cinta itu suci dan buta.
Mohd. Sofi memberitahu, kasih sayang dan sikap bertanggungjawab serta mengambil berat Dayang Sopiah berjaya memikat hatinya.
Ini komennya:
Saya jatuh cinta dengan kasih sayangnya. Sejak berkenalan, dia sentiasa mengambil berat tentang saya sehingga saya memberitahu keluarga mahu berkahwin dengannya.
Sejak berkenalan dia banyak menemani saya sebagai rakan, tidak kira susah atau senang malah ketika sakit pun dia datang ke hospital melawat dan menceriakan hari saya.
Tidak kisahlah apa orang cakap asalkan ini jodoh yang ditentukan dan sudah pasti saya akan buat yang terbaik menjaga makan minum isteri saya,
Jelas Mohd. Sofi memang ada ahli keluarga yang menentang pada mulanya namun selepas bertegas dan menetapkan keputusan, ahli keluarganya akur dan memberikan sokongan.
Isterinya, Dayang Sopiah mempunyai lima anak berusia antara 7 hingga 16 tahun hasil hubungan perkahwinan dengan suami terdahulu.
Dayang memberitahu perkenalan mereka bermula di gelanggang bola tampar sekitar bulan Mei yang lalu.
Sebelum ini dia tidak pernah berjumpa dengan Mohd. Sofi kerana suaminya itu bekerja dalam sektor pembinaan di Labuan.
Ini komenya si isteri:
Mohd. Sofi seorang yang agak nakal, namun mudah berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira usia sehingga rakan-rakan lain amat menyenangi sikapnya,
Selamat pengantin baru diucapkan.
Sumber: beritamemey
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
No comments: