Muhyiddin Melahirkan Rasa Kesal DAP Dituduh AntiMelayu
Muhyiddin Melahirkan Rasa Kesal DAP Dituduh Anti-Melayu
Published on Aug 15, 2016 in Politik/Terkini
KUALA LUMPUR Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa kesal kerana DAP dituduh sebagai sebuah parti anti-Melayu.
Beliau yang membuat permohonan menubuhkan sebuah parti baharu, Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) baru-baru ini berikutan kekecewaannya digantung keahlian UMNO mendakwa tuduhan itu merupakan mainan politik.
Saya sedia maklum bahawa inilah taktik kotor yang akan digunakan untuk menakut-nakutkan orang Melayu. DAP bakal dijadikan hantu yang paling menggerunkan orang Melayu untuk mengalihkan perhatian orang Melayu.
Mereka akan terus berkata bahawa DAP adalah musuh utama orang Melayu sambil mengajak orang Melayu untuk terus mempertahankan Najib (Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak), dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Muhyiddin tanpa menyangkal kerjasama yang bakal terjalin antara Pribumi dengan DAP bagaimanapun mempersoalkan bagaimana kerjasama antara sebuah parti yang belum ditubuhkan boleh berlaku bagi memperlekehkan kekesalan dilemparkan ke atas Pribumi.
Beliau turut menyifatkan dakwaan bahawa kerjasama Pribumi dengan DAP tidak akan menguntungkan orang Melayu sebagai satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan pra-matang.
Muhyiddin bagaimanapun menegaskan, Pribumi akan mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan hak-hak yang sah untuk semua kaum.
Sudah-sudahlah. Saya yakin orang Melayu tidak mudah terpengaruh dengan tipu daya (DAP anti-Melayu), tegasnya.
Bagaimanapun, DAP hari ini secara tidak rasmi mengumumkan akan menjalin kerjasama dengan Pribumi yang diketahui umum sebagai parti milik Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dipetik sebagai mendakwa kononnya DAP bekerjasama dengan Pribumi bagi menegakkan keadilan di Malaysia.
DAP bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mengutamakan perjuangan membina sebuah kerajaan yang cekap, akauntabel dan telus termasuk parti yang baru Bersatu (Pribumi), dakwanya.
Permohonan penubuhan parti Pribumi di buat di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) oleh Muhyiddin pada 9 Ogos lalu.
Parti itu pada asasnya ditubuhkan oleh Mahathir tetapi dipimpin oleh Muhyiddin dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz.
Pribumi diwujudkan oleh Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz selepas usaha mereka menjatuhkan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak diluar batas-batas demokratik gagal.
Mahathir mengumumkan keluar keahilan UMNO manakala Muhyiddin digantung keahlian kerana berkempen untuk parti pembangkang sewaktu masih memegang jawatan Timbalan Presiden UMNO.
Muhyiddin bagaimanapun mendakwa kononnya beliau digantung keahlian UMNO kerana menentang Najib bagi meraih simpati orang ramai. Mynewshub.cc
Tags: DAPMuhyiddin Yassin
Anda Juga Mungkin Berminat
Aug 15, 2016
Tony Pua Umum Kerjasama DAP, Parti Mahathir
KUALA LUMPUR DAP mengumumkan kerjasama dengan parti Tun Dr. Mahathir Mohamad iaitu Pribumi Bersatu Malaysia
Aug 10, 2016
Parti Bersatu Sukar Agih Kerusi Hadapi PRU-14 Musa
KUALA LUMPUR Betul ke tidak betul itu belakang cerita. Namun ini ramalan Tun Musa Hitam,
Aug 10, 2016
Parti Aje Baharu Tapi Ahli, Logo Pun Bercelaru!
SESUATU disembunyikan portal berita propembangkang apabila menyiarkan sesuatu laporan cenderung ke arah kepentingan mereka ialah konon
Post navigation
Previous Story Previous post: Sindrom Malaysia: Antara Debat, Penat & Matlamat
Terkini dari Politik
Aug 15, 2016
Tony Pua Umum Kerjasama DAP, Parti Mahathir
KUALA LUMPUR DAP mengumumkan kerjasama dengan parti Tun Dr. Mahathir Mohamad Aug 15, 2016
Penyokong Pakatan Caci Bekas Mufti Jordan
KUALA LUMPUR Bekas Mufti Jordan, Prof Dr. Amin Mohammad Sallam Al-Manasyeh Aug 15, 2016
Seruan Menentang Kezaliman Modal Politik Nik Abduh
KUALA LUMPUR Seruan menentang kezaliman dan menegakkan keadilan cuma satu modal Aug 15, 2016
PAS Selangor Umum Sokong Blok Ketiga Gagasan Sejahtera
KUALA LUMPUR Selepas dua hari berlalu, PAS Selangor akhirnya mengambil pendirian Aug 14, 2016
BN Boleh Menang PRU14 Jika Amal 5 Prinsip
HULU SELANGOR Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari
Advertisement
We are offering exclusive and effective positioning in addition to traditional placements and a chance to be part of the most authentic representation of today’s outlook on lifestyle. advertisement@mynewshub.my
Kategori
- Artis
- Gadjet
- Gaya Hidup
- Hangat
- Jenayah
- myVideo
- Politik
- Resepi
- Slider
- Sukan
- Terkini
- Utama & Sensasi
- Video Viral
Tags
1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahJerebukanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautKerajaankes bunuhKhairy JamaluddinlelakiMalaysiamautMayatMH17MH370myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi
Subscribe in a reader
Powered by Extra Media Network
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
No comments: