Dulu Bergambar Dengan Idola Hari Ni Kalahkan Idola di Olimpik
Oleh: Aimi Nordin
Setiap orang ada idola masing-masing yang kita mahu jadikan contoh atau mungkin suatu hari nanti kita mahu jadi sepertinya. Dan siapa sangka seorang budak lelaki Joseph Isaac Schooling yang 8 tahun lalu teruja bertemu idolanya, Michael Phelps telah mengalahkannya di acara renang 100m di Olimpik Rio.
Lebih menakjubkan Isaac Schooling yang baru berusia 21 tahun berjaya menewaskan Phelp yang telah menang 22 pingat di Olimpik. Olimpik Rio sahaja Phelps sudah merangkul empat pingat emas dalam dua acara perseorangan dan dua lagi berkumpulan.
Satu lagi pencapaian luar biasa Scooling ialah beliau sebenarnya sudahpun menewaskan Phelps sebanyak dua kali sejak Sukan Olimpik Rio bermula pada 6 Ogos lalu iaitu bermula kali pertama pada Kejohanan Undangan Longhorn Aquatics Elite di AS sendiri.
Dan kali kedua pula, pada 12 Ogos (waktu Malaysia) dalam acara gaya kupu-kupu 100 meter di peringkat separuh akhir, Schooling mencatat masa 50.83 saat untuk menewaskan pemegang rekod Olimpik itu yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan masa 51.60 saat.
Sumber: gengviral
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
No comments: