Along cham enggan komen isu isteri ditangkap khalwat
Berikutan berita isteri, Zila Seeron yang didapati ditangkap khalwat bersama kekasih semalam, Along Cham enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara itu. Umum mengetahui tentang pergolakan perkahwinan pasangan ini dimana masih didalam proses penceraian dan beliau yang dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp, memilih untuk berdiam diri.
BACA: Isteri Along Cham Ditangkap Khalwat Dengan Suami Orang
Maaf, saya tidak mahu komen, katanya kepada Astro Gempak ketika diminta mengulas lanjut mengenai berita tangkapan khalwat yang melibatkan isteri beliau dengan seorang lelaki yang juga suami orang yang berusia 30 tahun di sebuah apartmen di Bukit Jalil.
Terdahulu, Zila Seeron dilaporkan telah ditangkap khalwat dengan seorang lelaki yang juga merupakan kekasih beliau. Ketika tangkapan dilakukan, Zila ditemui bersembunyi di belakang almari di dalam bilik sementara lelaki terbabit berada di ruang tamu rumah tersebut selepas pintu dipecahkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).
Sementara itu, ketika serbuan dilakukan penguatkuasa JAWI telah meminta pintu rumah tersebut dibuka sebelum seorang lelaki membuka pintu dan menutupnya semula. Namun selepas 30 minit menunggu pintu dibuka dan tiada kerjasama daripada pemilik rumah, pintu terpaksa dipecahkan sebelum pemeriksaan dilakukan oleh beberapa orang pegawai JAWI.
Siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan dan jika disabitkan kesalahan, denda tidak melebihi RM2,000 akan dikenakan atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali. (rkty/w)
SUMBER
Astro Gempak
Sumber: Rotikaya
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
No comments: