Zulin aziz sedia kahwin jika ada calon sesuai
Mempunyai hubungan rapat bersama Ariz Forteen, Zulin Aziz tidak pernah menyatakan secara terang sejauh mana serius hubungan mereka berlangsung. Bagaimanapun apabila ditanya mengenai soal jodoh, Zulin memberitahu dirinya sudah bersedia untuk berumah tangga dan mengenai soal jodoh pula beliau lebih selesa menyerahkannya kepada takdir Ilahi.
BACA: Ariz Forteen Tak Suka Ditanya Tentang Zulin Aziz
Pada usia sekarang memang saya mula berfikir tentang mencari teman hidup dan keinginan melalui fasa perkahwinan seperti mana orang lain juga. Saya sudah bersedia untuk berumah tangga cuma buat masa ini saya masih belum bertemu dengan calon yang sesuai. Bukan isu memilih atau cerewet tetapi belum ada yang datang secara serius untuk berkahwin
Tambahan pula apabila bercakap mengenai perkahwinan, ini terletak pada jodoh dan ketentuan Allah. Saya tidak menolak jika ada yang mendekati tetapi masih belum jumpa yang sesuai dengan saya, katanya kepada m Star Online mengenai keinginannya untuk mendirikan rumah tangga namun masih belum mempunyai calon insan istimewa yang sesuai untuk dijadikan suami.
Sebelum ini, Zulin pernah mengakui bahawa ramai pihak sering bertanyakan mengenai hubungan beliau bersama Ariz Forteen yang diketahui sememangnya rapat. Namun Zulin menafikan bahawa beliau sedang bercinta dan memilih untuk tidak komen berlebihan mengenainya kerana risau hubungan yang mungkin sedang terjalin itu terputus ditengah jalan. (rkty/w)
SUMBER
M Star Online
Sumber: Rotikaya
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
No comments: