Seruan Menentang Kezaliman Modal Politik Nik Abduh
Seruan Menentang Kezaliman Modal Politik Nik Abduh
Published on Aug 15, 2016 in Politik/Utama & Sensasi
KUALA LUMPUR Seruan menentang kezaliman dan menegakkan keadilan cuma satu modal politik untuk meraih undi rakyat!
Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, bagaimanapun manusia yang menerima seruan itu sukar untuk melihat keadilan secara menyeluruh.
Justeru, katanya, orang ramai boleh melihat keadaan tunggang langgang di dalam mereka melaksanakan keadilan yang dilaungkan itu.
Masing-masing mendakwa merekalah wira dan jaguh keadilan. Tetapi apabila diperhatikan, mereka jugalah yang menjadi punca ketidakstabilan dalam kehidupan, ujarnya dalam satu kenyataan semalam.
Nik Mohamad Abduh memberi contoh Amerika Syarikat dan dunia barat berusaha mempromosi gaya hidup mereka yang melihat kebebasan individu sebagai asas keadilan dan kesejahteraan.
Namun, katanya, dunia barat semakin parah dengan masalah sosial, ekonomi dan kekeluargaan.
Semakin ditiru gaya hidup mereka, semakin penyakit merebak di dalam masyarakat yang meniru mereka termasuk di negara kita ini, tegasnya.
Justeru, beliau mengingatkan kezaliman yang sebenarnya adalah apabila manusia menolak Allah S.W.T dalam menjayakan hidup mereka.
Katanya, hakikat tersebut yang menyebabkan PAS kelihatan berbeza dengan parti-parti pembangkang lain dalam menilai keadilan di negara ini.
Ketika parti-parti lain melihat dan memperjuangkan keadilan dengan pelbagai teori dan cara, PAS kekal dan terus menekankan aspek keadilan terhadap hak Allah S.W.T dan agamanya.
Maksudnya, bicara keadilan sesama manusia adalah gagal selama mana manusia melihat kehadiran Allah S.W.T sebagai campur tangan yang merosakkan usaha mereka menegakkan keadilan, katanya. mynewshub.cc
Tags: Nik Abduhpolitik
Anda Juga Mungkin Berminat
Nov 3, 2015
Kewajiban Asal Politik Islam Adalah Kesatuan Umat
KUALA LUMPUR Mengajak kepada kesatuan jamaah bukan bererti menolak perbezaan pendapat. Ia usaha untuk kekal
Aug 9, 2016
Pribumi Bersatu Malaysia Parti Baharu Dr. Mahathir
MENURUT sumber Free Malaysia Today, parti baharu yang bakal dinaungi bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir
Aug 7, 2016
Ketengahkan Isu Kerajaan DAP P.Pinang Hishammuddin
GEORGE TOWN Semua lapisan kepimpinan UMNO Pulau Pinang diingat agar tidak terlalu menumpukan kepada tuduhan
Post navigation
Previous Story Previous post: Adele Tolak Tawaran Menyanyi Di Super Bowl
Terkini dari Politik
Aug 15, 2016
PAS Selangor Umum Sokong Blok Ketiga Gagasan Sejahtera
KUALA LUMPUR Selepas dua hari berlalu, PAS Selangor akhirnya mengambil pendirian Aug 14, 2016
BN Boleh Menang PRU14 Jika Amal 5 Prinsip
HULU SELANGOR Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari Aug 14, 2016
Najib Terus Kukuh Walaupun Dikritik Dr. Mahathir
KUALA LUMPUR Walaupun dikritik dengan begitu hebat oleh Tun Dr Mahathir Aug 14, 2016
Najib Mampu Jadikan Msia Negara Terbaik Dr. Amin
BEKASMufti Jordan,Prof. Dr. Amin Mohammad Sallam Al-Manasyeh percaya Perdana MenteriDatuk Seri Najib Aug 14, 2016
BN Melaka Akan Usul Pertambahan Tiga Kerusi
SEREMBAN Barisan Nasional (BN) Melaka akan membawa usul bagi menambah kira-kira
Advertisement
We are offering exclusive and effective positioning in addition to traditional placements and a chance to be part of the most authentic representation of today’s outlook on lifestyle. advertisement@mynewshub.my
Kategori
- Artis
- Gadjet
- Gaya Hidup
- Hangat
- Jenayah
- myVideo
- Politik
- Resepi
- Slider
- Sukan
- Terkini
- Utama & Sensasi
- Video Viral
Tags
1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahJerebukanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautKerajaankes bunuhKhairy JamaluddinlelakiMalaysiamautMayatMH17MH370myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi
Subscribe in a reader
Powered by Extra Media Network
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
No comments: