Gagasan Sejahtera Nama Blok Baharu PASIkatan
Gagasan Sejahtera Nama Blok Baharu PAS-Ikatan
Published on Aug 13, 2016 in Politik/Utama & Sensasi
SEKIRANYA dahulu mereka hanya dipanggil sebagai Blok Ketiga; hanya semata-mata untuk membezakan kumpulan siasah kecil ini daripada Barisan Naisonal (BN) dan Pakatan Harapan yang sebelum itu digelar Pakatan Rakyat.
Namun kini gabungan PAS dan sekutunya, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) pimpinan bekas tokoh veteran UMNO, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir secara rasmi diberi nama baharu yang lebih bertenaga iaitu Gagasan Sejahtera atau nama ringkasnya Gagasan.
Perkara tersebut yang tidak dijangka pelbagai pihak khasnya penganalisis politik diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang akhbar khas di ibu pejabat parti berkenaan di Kuala Lumpur pada Sabtu yang diturut dihadiri Abdul Kadir sendiri.
Kata beliau, Gagasan merupakan wadah jalan tengah terutama bagi golongan pengundi atas pagar yang tidak dapat menerima konsep gabungan komponen 14 buah parti dalam BN atau tiga parti pembangkang cacamarba yang membentuk Pakatan Harapan.
Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang malah menambah, gabungan ketiga tersebut optimis sedia bekerjasama rapat dengan mana-mana pihak berkepentingan di negara ini yang secara kebetulan sealiran dalam agenda perjuangan dan dasar siasah mereka.
Gagasan ujar beliau mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera serta menjadikan perjuangan membela rakyat sebagai keutamaan sekali gus bakal menjadi platform baharu kepada pengundi tempatan untuk mewarnai dunia siasah tanah air secara lebih berkesan.
Dalam pada itu, apabila ditanya pemberita tentang kemungkinan Gagasan sedia bekerjasama dengan parti baharu serpihan UMNO yang diberi nama sebagai Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Abdul Hadi berkata buat masa ini masih terlalu awal membincangkan hal tersebut.
Parti itu belum didaftar secara rasmi pun lagi. Kita tunggu dan lihat dahulu, kata beliau yang secara tidak langsung bertentangan pendapat dengan Abdul Kadir kerana pada 5 Ogos lalu menyatakan Ikatan menolak kerjasama dengan parti ciptaan Tun Mahathir Mohamad itu.
PAS dan Ikatan mula menjalinkan kerjasama politik pada 16 Mac lalu selepas parti berslogan Bersatu Maju Adil Bahagia yang diasaskan sejak 2012 itu gagal bergabung dengan Pakatan Rakyat atas sebab tidak jelas diketahui. Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Tags: BNIkatanPAS
Anda Juga Mungkin Berminat
Jun 1, 2016
Kem BN Patut Berhenti Politik Persaingan Dengan DAP Ikatan
KUALA LUMPUR Pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) seharusnya berhenti bermain politik persaingan dengan DAP
Apr 27, 2016
Kerusi PRN Sarawak: PKR Jawab Pembohongan DAP!
KUALA LUMPUR Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan kelicikan pemimpin DAP memperdaya parti itu untuk bertanding
Apr 26, 2016
Ikatan Dan PAS Tubuh Sekretariat Ketengahkan Isu Politik
KUALA LUMPUR Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan PAS telah menubuhkan sebuah sekretariat bersama bagi
Post navigation
Previous Story Previous post: Jangan Biarkan Diri Dikuasai Aplikasi ICT
Terkini dari Politik
Aug 13, 2016
Ahli UMNO Berpihak Kepada Mukhriz Boleh Keluar Parti
JITRA AhliUMNO yang masih berpihak dan menyokong Datuk Seri Mukhriz Tun Aug 12, 2016
UMNO Johor Diminta Senarai Ahli Taja, Promosi Pribumi
JOHOR BAHRU UMNO Bahagian di negeri ini diminta menyenaraikan anggota mereka Aug 12, 2016
PAS Kekal Keputusan Mahu Saman Sarawak Report
KOTA BHARU PAS mengekalkan keputusan untuk menyaman Sarawak Report berhubung dakwaan Aug 11, 2016
Putin Tuduh Ukraine Cuba Lancar Serangan Di Crimea
MOSCOW Presiden Russia, Vladimir Putin, membidas Ukraine yang didakwa cuba menceroboh Aug 11, 2016
Duterte Arah Musnahkan Abu Sayyaf
MANILA Presiden Filipina, Rodrigo Duterte hari ini, mengarahkan tentera memusnahkan kumpulan
Advertisement
We are offering exclusive and effective positioning in addition to traditional placements and a chance to be part of the most authentic representation of today’s outlook on lifestyle. advertisement@mynewshub.my
Kategori
- Artis
- Gadjet
- Gaya Hidup
- Hangat
- Jenayah
- myVideo
- Politik
- Resepi
- Slider
- Sukan
- Terkini
- Utama & Sensasi
- Video Viral
Tags
1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayiChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahJerebukanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautKerajaankes bunuhKhairy JamaluddinlelakimahkamahMalaysiamautMayatMH17MH370myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi
Subscribe in a reader
Powered by Extra Media Network
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
No comments: