Doktor Dipercayai Rawat Dato Seri Najib Dan Datin Seri Rosmah Letak Jawatan Di Organisasi AntiPenuaan
Datuk Dr Sidiq Mohamed, seorang doktor yang dipercayai merawat Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor selama bertahun-tahun telah meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden di sebuah organisasi anti-penuaan.
Perkara ini dinyatakan presiden organisasi, Dr Selvam Rengasamy dalam satu kenyataan hari ini.
Dr Selvam berkata Dr Sidiq meletakkan jawatan kerana beliau tidak mahu organisasi tersebut diheret sama ke dalam perkara yang melibatkannya atas kapasiti peribadi.
Sebelum ini, Sarawak Report pada 3 Ogos lalu mendakwa sejumlah RM1.15 juta digunakan daripada dana SRC international untuk kegunaan pertumbuhan hormon anti penuaan.Malaysiakini
Sumber: mediaberat66
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
No comments: