Header Ads

Cina Enggan Pilih Melayu Jadi PM Presiden Singapura

singaporean

Cina Enggan Pilih Melayu Jadi PM, Presiden Singapura

Published on Aug 18, 2016 in Politik/Utama & Sensasi

SINGAPURA Jika diberi pilihan, kebanyakan warga Singapura lebih cenderung terhadap seseorang daripada kaum yang sama dengan mereka untuk dipilih mengisi jawatan sebagai Perdana Menteri atau Presiden republik tersebut.

Itulah antara penemuan paling mengejutkan satu tinjauan serata negara terhadap seramai 2,000 rakyat Singapura dan penduduk tetap mengenai pendapat mereka tentang hubungan antara empat kaum terbesar negara ini iaitu Cina, Melayu, India dan Lain-lain.

Tinjauan itu dijalankan oleh stesen Channel NewsAsia dengan kerjasama Institut Pengajian Dasar (IPS), merupakan kajian lapangan antara yang terbesar seumpamanya sekali gus membuktikan warga Singapura masih lagi tebal semangat perkauman masing-masing.

Menurut tinjauan itu, majoriti responden Cina iaitu 98 peratus hanya akan menerima seorang warga Singapura berbangsa Cina sebagai Perdana Menteri, sementara 96 peratus lebih cenderung terhadap seorang warga Singapura berbangsa Cina untuk menjadi Presiden.

Ramai responden Melayu juga mahu orang Melayu sebagai Perdana Menteri atau Presiden dengan 93 peratus yang ditinjau berkata mereka lebih cenderung terhadap seorang Melayu Singapura sebagai Perdana Menteri, sementara 94 peratus menerima Melayu sebagai Presiden.

Begitu juga dalam kalangan para responden berbangsa India apabila 89 peratus ditinjau akan menerima seorang warga Singapura yang berbangsa India sebagai Perdana Menteri manakala 92 peratus lagi menyatakan demikian bagi jawatan Presiden republik tersebut.

sg parlimen

Kebanyakan responden dari tiga kaum bersedia menerima bangsa Cina bagi kedua-dua jawatan, dengan lebih 80 peratus Melayu, India dan Kaum Lain berkata mereka boleh menerima seorang warga Singapura yang berbangsa Cina sebagai Perdana Menteri dan Presiden.

Sedihnya sejumlah kecil reponden berkata mereka akan menerima kaum minoriti bagi kedua-dua jawatan iaitu sekitar 60 peratus Cina, 75 peratus Melayu dan sekitar 68 peratus Kaum Lain berkata ya kepada Perdana Menteri atau Presiden warga Singapura berbangsa India.

Bagi mengisi jawatan Perdana Menteri atau Presiden dalam kalangan warga Singapura berbangsa Melayu pula, tinjauan mendapati hanya lebih separuh warga kaum Cina, masing-masing sekitar 70 peratus India dan sekitar 80 peratus Kaum Lain sanggup berkata ya.

Bagaimanapun responden yang usia lebih tua kurang berkemungkinan menyatakan mereka sanggup menerima seseorang daripada kaum lain untuk memegang dua jawatan tertinggi negara ini, menurut tinjauan tersebut lagi yang disiarkan agensi berita tempatan MediaCorp.

Dalam kalangan responden Cina berusia bawah 30 tahun, lebih 60 peratus daripada mereka akan menerima warga Singapura kaum Melayu sebagai Perdana Menteri atau Presiden, sementara lebih 70 peratus pula akan menerima warga Singapura yang berbangsa India.

Namun mereka berusia lebih 60 tahun, sekitar 40 hingga 42 peratus sedia menerima warga Singapura berbangsa Melayu, sementara antara 45 hingga 50 peratus akan menerima warga Singapura berbangsa India bagi mengisi dua jawatan itu. Agensi/Mynewshub.cc/HAA

  • Facebook
  • Twitter
  • Google
  • Pinterest

Tags: Singapura

Anda Juga Mungkin Berminat

Makin Digilai, Jo Schooling Tayang Teman Wanita Aug 17, 2016

Makin Digilai, Jo Schooling Tayang Teman Wanita

SEJAK kejayaannya menumpaskan jaguh renang Amerika Syarikat (AS), Michael Phelps pada Sukan Olimpik Rio 2016, nama

Bertumbuk Kerana Pokemon GO Aug 17, 2016

Bertumbuk Kerana Pokemon GO

SINGAPURA Pokemon GO punya pasal, dua lelaki ditahan polis kerana bergaduh, penahanan pertama di negara berkenaan

Singapore Airlines Dikritik 'Pinggirkan' Jo Schooling Aug 16, 2016

Singapore Airlines Dikritik Pinggirkan Jo Schooling

SYARIKAT penerbangan Singapura, Singapore Airlines dikritik kerana memuat naik gambar yang menunjukkan seolah-olah pemenang pingat emas

bisnes rakyat ivKPWKMKPTM300x900pxl banner

Post navigation

Previous Story Previous post: Cara Tuntuk Hak Rumah Buat Pasangan Yang Bercerai

Terkini dari Politik

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz Aug 18, 2016

Jangan Gusar Prestasi Akademik Anak Sederhana

KUALA LUMPUR Golongan ibu bapa diseru supaya tidak berasa gusar jika PAS Tak Benar Parti Selain PKR Bertanding Di Kelantan Aug 16, 2016

PAS Tak Benar Parti Selain PKR Bertanding Di Kelantan

KOTA BHARU PAS tidak membenarkan parti selain Parti Keadilan Rakyat (PKR) Menteri Baharu Indonesia Warga AS Dilucut Jawatan Aug 16, 2016

Menteri Baharu Indonesia Warga AS Dilucut Jawatan

JAKARTA Menteri Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia, Archandra Tahar, yang Bantah Perkasa Fungsi Mahkamah Syariah Kufur Inad Aug 16, 2016

Bantah Perkasa Fungsi Mahkamah Syariah Kufur Inad

KUALA LUMPUR Umat Islam wajib menyokong usaha untuk meminda Akta 355 Rakyat Malaysia Perlu Berterima Kasih Kepada Kuasa Asing Aug 16, 2016

Rakyat Malaysia Perlu Berterima Kasih Kepada Kuasa Asing

KUALA LUMPUR Parti Keadilan Rakyat (PKR) senada dengan DAP bahawa rakyat

Advertisement

We are offering exclusive and effective positioning in addition to traditional placements and a chance to be part of the most authentic representation of today’s outlook on lifestyle. advertisement@mynewshub.my

Kategori

  • Alhijrah Frenz
  • Artis
  • Gadjet
  • Gaya Hidup
  • Hangat
  • Jenayah
  • myVideo
  • Politik
  • Resepi
  • Slider
  • Sukan
  • Terkini
  • Uncategorized
  • Utama & Sensasi
  • Video Viral

Tags

1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahJerebukanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautKerajaankes bunuhKhairy JamaluddinlelakiMalaysiamautMayatMH17MH370myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi

Subscribe in a reader

  • Facebook
  • Twitter

Powered by Extra Media Network

Sumber: mynewshub

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

No comments:

Powered by Blogger.