Header Ads

Pengantin Lelaki Lari Lepas Lihat Wajah Sebenar Isteri Di Lapangan Terbang

Wanita berkenaan dilihat di lapangan terbang dengan baju pengantin

Seorang lelaki Mesir melarikan diri dari isterinya yang tiba di lapangan terbang Arab Saudi kerana terkejut melihat wajah sebenarnya wanita berkenaan.

Lelaki tersebut yang dirahsiakan namanya, telah menunggu selama berjam-jam di lapangan terbang untuk menyambut pengantin perempuan yang telah dikahwininya selepas melihat gambar yang dihantar oleh saudaranya.

MediaArab Al Watanmelaporkan, lelaki tersebut telah bersetuju untuk berkahwin dengan wanita tersebut walaupun dengan hanya melihat wajah melalui gambar sahaja.

Apabila isterinya tiba di lapangan terbang di Arab Saudi, lelaki itu lari selepas melihat wajahnya. Pihak keselamatan mengejar dan menangkapnya kerana mengesyaki lelaki tersebut telah mencuri sesuatu, lapor akhbar tersebut.

Tetapi lelaki itu memberitahu mereka bahawa dia amat terkejut dengan wajah pengantin perempuan dan dia tidak mahu bersama wanita itu.

Pengantin perempuan tersebut yang malu dan kecewa kemudian memfailkan perceraian dan meminta pampasan.

SUMBER:http://ift.tt/2brzoVc

Sumber: penhijaudaun

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

No comments:

Powered by Blogger.