Header Ads

Menteri Baharu Indonesia Warga AS Dilucut Jawatan

Menteri Baharu Indonesia Warga AS Dilucut Jawatan

Menteri Baharu Indonesia Warga AS Dilucut Jawatan

Published on Aug 16, 2016 in Politik/Utama & Sensasi

JAKARTA Menteri Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia, Archandra Tahar, yang baharu dilantik sudah digugurkan dari Kabinet 15 Ogos, setelah timbul laporan berhubung beliau memegang dua kerakyatan.

Syarat-syarat yang sedia ada tidak membenarkan warganegara Indonesia memegang dua kerakyatan dan menurut laporan media di negara itu hujung minggu lalu, Archandra memegang dua pasport secara serentak, satu dari Indonesia dan satu lagi dari Amerika Syarikat (AS).

Sebagai jawab soalan orang ramai berhubung kerakyatan Archandra dan setelah menimbangkan maklumat diterima daripada pelbagai sumber, Presiden memutuskan dengan secara terhormat melepaskan jawatan Archadra sebagai menteri, kata Prof. Dr. Pratikno.

Menteri Sekretariat Negara tersebut memberitahu para wartawan yang menghadiri sidang media di pejabat Presiden Indonesia, Joko Widodo di sini semalam sebagai mengulas isu kontroversi dwikerakyatan Archandra yang menyalahi perlembagaan republik itu.

Pratikno menambah bahawa Menteri Penyelaras Ehwal Maritim, Luhut Binsar Pandjaitan akan memangku jawatan tersebut dan tanggungjawab portfolio itu buat sementara waktu sehingga menteri yang baharu dilantik kemudian secara rasmi oleh Presiden Jokowi.

Agensi berita negara tersebut, Antara, sebelum ini melaporkan bahawa Archandra yang berusia 45 tahun itu pernah berkata beliau sudah pun melepaskan hak kerakyatan AS dan beliau sekarang hanya memegang pasport Indonesia, yang sah digunakan sehingga 2017.

Menteri Baharu Indonesia Warga AS Dilucut Jawatan

Archandra, seorang penganut Muslim yang berasal dari Padang, wilayah Sumatera Barat dan memperoleh ijazah doktor falsasah dari Texas A&M University Ocean Engineering dilaporkan menjadi warganegara AS melalui proses naturalisasi pada bulan Mac 2012 lalu.

Beliau merupakan salah seorang daripada beberapa individu sebagai menteri baharu yang dilantik oleh Presiden Indonesia dalam rombakan Kabinet yang dijalankan pada 27 Julai lalu, yang kedua sejak Joko Widodo menyandang jawatan kurang dua tahun.

Di AS, Archandra aktif berdakwah dan menjadi guru al-Quran di Islamic Family Academy (IFA) Houston sebuah organisasi tanpa keuntungan khusus untuk komuniti Muslim tempatan sejak tahun 2006 malah beliau sendiri menjadi salah seorang pengasasnya.

IFA aktif menjayakan aktiviti bimbingan keislaman, khasnya kepada anak-anak Islam dan secara rutin setiap hari Sabtu, Archandra bersama isterinya turun langsung mengajarkan kanak-kanak secara sukarela membaca al-Quran dan memberi tazkirah tentang Islam.

Menurut Pratikno, keputusan tersebut akan berkuat pada 16 Ogos.Sebelumnya, Menteri Hukum dan Hak Asasi Manusia , Yasonna Laoly ketika ditanya wartawan turut mengakui bahawa Archandra memiliki dua pasport antarabangsa. Agensi/Mynewshub.cc/HAA

  • Facebook
  • Twitter
  • Google
  • Pinterest

Tags: Indonesia

Anda Juga Mungkin Berminat

Jerebu Tidak Begitu Serius Tahun Ini - Indonesia Aug 12, 2016

Jerebu Tidak Begitu Serius Tahun Ini Indonesia

KUALA LUMPUR Indonesia hari ini memberi jaminan jerebu rentas sempadan tahun ini tidak akan seserius

Bayi Perempuan Ada 2 Kepala Lahir Di Indonesia Aug 11, 2016

Bayi Perempuan Ada 2 Kepala Lahir Di Indonesia

JAKARTA Bayi kembar siam perempuan yang dilahirkan dengan dua kepala namun mempunyai hanya satu badan,

Remaja Main Game Sampai Mati Di Indonesia Aug 10, 2016

Remaja Main Game Sampai Mati Di Indonesia

JAKARTA Gara-gara ketagih permainan video, seorang remaja Indonesia dilaporkan meninggal dunia setelahbermain tanpa henti dalam

iklan bisnes rakyat KLIK SINIlaman santai4KPWKMskmm

Post navigation

Previous Story Previous post: Polis Tahan 6 Ah Long Ahli Kongsi GelapNext Story Next post: Kedah Sedia Lebih RM1 Juta Bantu Bas Henti-Henti

Terkini dari Politik

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang Aug 16, 2016

Campur Tangan Barat Ancaman Umat Islam Hadi

KUALA LUMPUR Negara yang terserlah menentang umat Islam hari ini ialah Mukhriz Mahu Jadi PM 'Fast Track' - Bekas Pegawai Khas Aug 15, 2016

Mukhriz Mahu Jadi PM Fast Track Bekas Pegawai Khas

ALOR SETAR Perjuangan Datuk Seri Mukhriz Mahathir adalah untuk mencapai cita-citanya PAS Dalam Proses Untuk Saman Sarawak Report Aug 15, 2016

PAS Dalam Proses Untuk Saman Sarawak Report

KOTA BHARU PAS kini dalam proses untuk menyaman Sarawak Report berhubung Muhyiddin Serah Borang Parti Kepada ROS Aug 15, 2016

Muhyiddin Melahirkan Rasa Kesal DAP Dituduh Anti-Melayu

KUALA LUMPUR Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua Aug 15, 2016

Tony Pua Umum Kerjasama DAP, Parti Mahathir

KUALA LUMPUR DAP mengumumkan kerjasama dengan parti Tun Dr. Mahathir Mohamad

Advertisement

We are offering exclusive and effective positioning in addition to traditional placements and a chance to be part of the most authentic representation of today’s outlook on lifestyle. advertisement@mynewshub.my

Kategori

  • Artis
  • Gadjet
  • Gaya Hidup
  • Hangat
  • Jenayah
  • myVideo
  • Politik
  • Resepi
  • Slider
  • Sukan
  • Terkini
  • Utama & Sensasi
  • Video Viral

Tags

1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahJerebukanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautKerajaankes bunuhKhairy JamaluddinlelakiMalaysiamautMayatMH17MH370myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi

Subscribe in a reader

  • Facebook
  • Twitter

Powered by Extra Media Network

Sumber: mynewshub

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

No comments:

Powered by Blogger.