Keahlian UMNO Kedah Gugur Jika Sertai Parti Lain
Keahlian UMNO Kedah Gugur Jika Sertai Parti Lain
Published on Aug 13, 2016 in Politik/Terkini
JITRA Keahlian anggota UMNO Kedah akan digugur serta-merta sekiranya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diasaskan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, perkara tersebut berlandaskan perlembagaan UMNO yang anggota parti itu tidak boleh mempunyai dua keahlian parti yang berbeza.
Justeru beliau berkata program pemutihan akan dilakukan pihaknya, bagi mengesan sekiranya terdapat anggota parti itu mempunyai dua keahlian selain UMNO.
Program pemutihan tersebut bukan hanya tertumpu pada bahagian Jerlun sahaja tetapi di semua bahagian di negeri ini, katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerlun di Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu, di sini hari ini.
Ahmad Bashah yang juga Menteri Besar Kedah berkata anggota UMNO yang mempunyai jawatan dalam parti itu tidak kira di peringkat cawangan dan bahagian juga akan dipecat daripada jawatan yang disandang mereka jika didapati melakukan kesalahan itu.
Jika mereka ada jawatan lain seperti Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) mereka juga akan dilucutkan jawatan berkuat kuasa serta merta, katanya.
Sementara itu, Ahmad Bashah turut meminta anggota Umno memandang ke hadapan dengan membantu parti itu memulihkan kepercayaan dan keyakinan rakyat negeri ini terhadap UMNO.
Buang yang keruh dan kita ambil yang jernih kerana yang keruh itu akan merosakkan masa depan parti. Perkara yang remeh kita tolak, demi kemajuan parti dalam mempertahankan negeri ini daripada jatuh ke tangan pembangkang, katanya.
Ahmad Bashah berkata, kemungkinan akan berlaku pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum akan datang kerana wujudnya parti baharu namum UMNO telah bersedia untuk menghadapinya.
Katanya, ini kerana rakyat dapat menilai dengan jelas kekuatan sesebuah parti baharu yang akhirnya kecundang dan ahli parti baharu itu akan kembali kepada UMNO dan BN. BERNAMA
Tags: Ahmad Bashah Md HanipahUMNO
Anda Juga Mungkin Berminat
Aug 13, 2016
UMNO Tak Dilahirkan Daripada Kebencian, Kekecewaan
JELEBU UMNO bukanlah parti yang dilahirkan daripada perasaan benci, kekecewaan atau atas dasar menolak pemimpin,
Aug 13, 2016
Ahli UMNO Berpihak Kepada Mukhriz Boleh Keluar Parti
JITRA AhliUMNO yang masih berpihak dan menyokong Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir boleh keluar daripada
Aug 12, 2016
UMNO Johor Diminta Senarai Ahli Taja, Promosi Pribumi
JOHOR BAHRU UMNO Bahagian di negeri ini diminta menyenaraikan anggota mereka yang dipercayai terlibat atau
Post navigation
Previous Story Previous post: Sebanyak 104 Tukun Tiruan Ditambah Tahun Ini
Terkini dari Politik
Aug 13, 2016
UMNO Tak Dilahirkan Daripada Kebencian, Kekecewaan
JELEBU UMNO bukanlah parti yang dilahirkan daripada perasaan benci, kekecewaan atau Aug 13, 2016
Gagasan Sejahtera Nama Blok Baharu PAS-Ikatan
SEKIRANYA dahulu mereka hanya dipanggil sebagai Blok Ketiga; hanya semata-mata untuk membezakan Aug 13, 2016
Ahli UMNO Berpihak Kepada Mukhriz Boleh Keluar Parti
JITRA AhliUMNO yang masih berpihak dan menyokong Datuk Seri Mukhriz Tun Aug 12, 2016
UMNO Johor Diminta Senarai Ahli Taja, Promosi Pribumi
JOHOR BAHRU UMNO Bahagian di negeri ini diminta menyenaraikan anggota mereka Aug 12, 2016
PAS Kekal Keputusan Mahu Saman Sarawak Report
KOTA BHARU PAS mengekalkan keputusan untuk menyaman Sarawak Report berhubung dakwaan
Advertisement
We are offering exclusive and effective positioning in addition to traditional placements and a chance to be part of the most authentic representation of today’s outlook on lifestyle. advertisement@mynewshub.my
Kategori
- Artis
- Gadjet
- Gaya Hidup
- Hangat
- Jenayah
- myVideo
- Politik
- Resepi
- Slider
- Sukan
- Terkini
- Utama & Sensasi
- Video Viral
Tags
1MDBAmerika SyarikatAnwar IbrahimArtisBanjirbayibola sepakChinaDAPGSThollywoodIndonesiaJenayahJerebukanak-kanakkebakarankemalangankemalangan mautKerajaankes bunuhKhairy JamaluddinlelakiMalaysiamautMayatMH17MH370myArtisNajib Tun RazakPASpelajarpelakonpelikpenyanyiPKRpolisSabahsarawakselebritiSingapuraUMNOvideovideo viralWanitaZahid Hamidi
Subscribe in a reader
Powered by Extra Media Network
Sumber: mynewshub
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
No comments: