Jangan Kaitkan Saya Dengan Shahir Lagi Erra Fazira
“Jangan Kaitkan Saya Dengan Shahir Lagi !!” – Erra Fazira
Pelakon popular Erra Fazira menegaskan sekali lagi bahwa dia tidak mahu dikaitkan dengan penyanyi AF, Shahir.
Pendedahan mengejutkan Erra, kali terakhir dia bertemu dan bersua muka dengan penyanyi Shahir adalah hampir dua tahun lalu.
Erra berkata, sepanjang tempoh itu mereka hanya menggunakan WhatsApp untuk bertanya khabar dan mengetahui perkembangan masing-masing.
Sebelum ini Shahir memang ada mengakui sedang mengenal hati budi Erra Fazira namun nampaknya Erra seperti dah tawar hati dan menegaskan mereka hanyalah berkahwan sahaja.
Ini komennya:
“Banyak perkara yang diperkatakan tentang kami tidak benar malah kami kali terakhir bertemu pun setahun setengah yang lalu. Pada kebanyakan masanya kami bertanya khabar menerusi WhatsApp dan panggilan telefon,”
“Perkara tentang merisik dan berkahwin tidak pernah datang daripada mulut saya atau pun Shahir.
“Cuma dia hanya menjelaskan kami memang berkawan itu sahaja dan perancangan berkahwin seperti diperkatakan sama sekali tidak benar,”
“Saya sudah tidak tahu ingin cakap apa lagi kerana kami hanya berkawan sahaja dan berharap ia tidak lagi diperbesar-besarkan,”
Sumber: beritamemey
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
No comments: