Header Ads

Elyana bertudung setiap hari jumaat

Screen-Shot-2016-08-24-at-10.27.27-AM-70

Sebagai langkah pertama untuk berubah menjadi seorang Muslim yang lebih baik, Elyana mengakui dirinya kini membiasakan diri mengenakan tudung pada setiap hari Jumaat sejak tiga tahun lalu. Tambahnya lagi, pada setiap hari Jumaat juga beliau mempunyai kelas mengaji, jadi langkah itu diambil dan seterusnya menjadi tabiat pada setiap hari Jumaat.

BACA: Elyana Nafi Dirinya Kurus Kerana Kecewa Keguguran

Memang setiap hari Jumaat saya akan memakai tudung. Tambah pula saya mempunyai kelas mengaji pada hari berkenaan. Bukanlah hendak berlatih, tetapi Insya-Allah ia adalah langkah pertama ke arah kebaikan. Alhamdulillah, saya selesa setiap kali berbuat demikian. Lagipun, adik-beradik saya semuanya sudah bertudung, katanya kepada Berita Harian Online.

Berikutan dengan perkara itu, laman Instagram penyanyi ini juga sering dilihat memuat naik gambar beliau bertudung sekaligus menimbulkan tanda tanya jika beliau kini benar-benar sudah bertudung. Malah rata-rata peminat memberikan komen yang positif dan gembira melihat perubahan Elyana sekaligus memuji kecantikan beliau dengan imej terbaru itu.

Walauapapun semoga Elyana terus diberikan hidayah untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik di masa akan datang. Mana tahu jika sekarang hanya memakai tudung pada hari Jumaat, lama kelamaan nanti kerana sudah terbiasa Elyana akan terus berhijab. Dengan itu, sama-sama doakan semoga pintu hati Elyana terbuka untuk berbuat demikian. (rkty/w)

Forum-Ads-PHL.jpg



SUMBER
Berita Harian Online

Sumber: Rotikaya

–> Klik jika rasa post ini patut dibuang

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih

No comments:

Powered by Blogger.