Badan Putus Dua Dihempap Pengorek Jengkaut
Seorang lelaki warga Bangladesh meninggal dunia dalam keadaan mengerikan apabila badannya terputus dua selepas pengorek jengkaut dipandu adiknya terjatuh dan menghempap badan mangsa di sebuah bengkel di Tanah Gantian Batu 9, Jalan Sungai Tua di Selayang, jam 10.30 pagi semalam.
Mangsa yang juga mekanik di bengkel terbabit, Nurul Islam, berusia 30-an, dikatakan tidak sempat mengelak pengorek jengkaut yang terjatuh secara tiba-tiba.
Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang mengatur kedudukan enjin di dalam lori manakala adik lelakinya yang juga pekerja bengkel terbabit memandu jengkaut terbabit.
Bagaimanapun, hos gas hidraulik pada jengkaut itu tiba-tiba meletup menyebabkan pengorek terbabit terjatuh dan menghempap mangsa.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.54 pagi.
Kami mengambil masa hampir dua jam untuk mengeluarkan mayat mangsa. Kami melakukannya dengan membaiki dan mengisi semula gas hidraulik pada hos untuk mengangkat pengorek jengkaut terbabit.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, katanya ketika dihubungi.
Sumber: kekitamedianetwork
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
No comments: