12 PANTANG LARANG ORANGORANG TUA UNTUK IBU MENGANDUNG
12 PANTANG LARANG ORANG-ORANG TUA UNTUK IBU MENGANDUNG
.1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.
.2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.
.3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir sumbing atau mengalami kecacatan.
.4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.
.5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.
.6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.
.7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.
.8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.
.9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur.
.10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.
.11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.
.12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar.
Wallahualam.. ini sekadar petua ya..
Sumber: penbirudotcomoffcail
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
No comments: