menyanyi lagi senang dari berniaga ziana zain
Mengakui serius dalam perniagaan tudung yang dilakukannya, Ziana Zain mendedahkan bahawa bukan mudah untuk seseorang itu untuk memulakan perniagaan. Malah Ziana sendiri melalui proses itu bagaimana mengeluarkan produk bermula dari awal.
BACA: Ziana Zain: Ada Artis Perasan Cantik, Tapi Sebenarnya Tidak
Sebenarnya kalau sekadar cakap, tetapi apabila kita sudah terlibat, kita tahu sangat susah. Banyak perkara dan prosedur yang perlu dibuat dan difikirkan sebelum produk tersebut dapat dijual. Antara cabarannya adalah ialah soal pemilihan kain, kerja kerja produksi, promosi, mencari stokis dan banyak lagi
Saya sendiri melalui kepayahan ini, jadi dari situ saya sedar begitu susah nak buat bisnes. Pernah terdetik dalam hati, rasanya menyanyi lagi senang daripada buat bisnes, katanya kepada Utusan Online.
Walaubagaimanapun, Ziana dalam masa yang sama menyatakan bahawa dia gembira dengan pengalaman tersebut, satu bidang yang yang belum pernah diceburinya itu. (rtky/s)
Sumber: Rotikaya
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
No comments: