Kisah Solat Di Surau Petronas yang betulbetul mencabar KESABARAN
Kisah Solat Di Surau Petronas yang betul-betul mencabar KESABARAN!| Hari tu aku singgah di Petronas sebab nak solat. Masa tu pukul 8.20 malam. Waktu Maghrib dah nak habis. Memang terpaksa solat waktu tu sebab jalan jem teruk. Di Petronas tu pun ramai yang berhenti. Apabila aku nak masuk surau, orang main punya ramai beratur kat tempat ambil wuduk. Aku tengok ada sorang Pak Haji umur dah 60-an sedang ambil wuduk. Dalam masa yang sama, jemaah solat sedang tahiyat awal. Suraunya kecil, jadi dalamnya padat dengan manusia.
Disebabkan tak mahu lama menunggu, aku pergi ke tempat Angin Dan Air untok ambil wuduk di sana. Kenapalah orang-orang yang beratur kat dalam surau tadi tak terfikir nak ambil wuduk di sebelah pam tayar stesen minyak ni? Getus hati aku. Ah, biarlah. Aku teruskan pengambilan wuduk.
Selesai wuduk, aku masuk semula ke surau, dan yang mengejutkan, Pak Haji ambil wuduk tadi tak selesai lagi dengan ambil wuduk! Pergh! Gila betul Pak Haji ni. Orang dah makin ramai beratur. Waktu Isyak dah nak masuk dah ni.
Yang Imam solat pula, tengah sujud. Kemudian duduk antara dua sujud. Kemudian sujud kembali. Kemudian tahiyat akhir. Allahu. Main punya lama tahiyat akhir dia.
Aku dok menunggu je lah bersama orang-orang yang dah settle ambil wuduk. Pak Haji tadi nasib baik dah settle wuduk. Kalau tak, aku suruh dia mandi terus dalam tandas. Geram aku. Ambik wuduk macam mandi kat swimming pool.
Selesai tahiyat akhir, imam pun beri salam. Ni yang best ni. Tatkala orang dah ramai gila menunggu, si pak Imam ni duduk bersimpuh pulak sambil berzikir. Aduh hai. Beberapa orang makmum terus bangkit dan keluar dari surau. Tetapi ada beberapa orang yang duduk jugak sambil ikut zikir.
Lepas tu si Imam ni pergi wirid. Orang yang menunggu nak solat dah tak boleh sabar dah. Masing-masing terus solat kat mana barisan yang kosong. Si Imam ni buat donnoooo je.
Aku pulak, sebab tahu dah apa yang Imam ni akan lagi lama, aku cepat-cepat capai sejadah yang terdampar di lantai, bawak keluar dari surau, dan solat je kat tepi laluan luar surau tu. Hujan renyai-renyai pun, mampuslah. Beberapa orang tengok je aku solat. Kenapa diorang tak join solat sebelah aku, aku pun tak tahu.
Selesai solat (aku solat laju juga), habis salam, aku tengok pak Imam tadi mengusap mukanya, tanda dia baru selesai berdoa. Aku dah habis solat, pak Imam tu baru selesai doa. Yang dok setia menunggu ni, cepat-cepat masuk saf dan solat. Yang si Imam ni tersengih-sengih sambil betul-betulkan bajunya.
Beberapa saat kemudian, laungan azan dari handphone salah seorang lelaki kedengaran. Menandakan Isyak dah masuk. Padahal, kebanyakan orang yang menunggu tadi baru masuk nak sujud rakaat pertama. Ada yang berhenti solat, ada juga yang teruskan solat.
Bangang ke tidak perangai macam ni tuan-tuan dan puan-puan?
Orang tak kisah pun kau nak solat lama atau nak berwirid bagai. Tapi consider lah orang kat sekeliling. Takkan waktu tengah wirid tu, kepala otak tu sikit pun takda fikir yang orang lain tak boleh solat sebab kau punya wirid tu?
Siap doa lama-lama pulak. Lepas tu doa bahasa Arab panjang-panjang, haram sekor makmum entah faham entah tidak. Kalau Imam doa supaya jadi mandul,, semua pun pakat je aminnnn sebab tak tahu pun Imam doa apa. Eh ni topik lain ni.
Isu dia sekarang ni adalah common sense.
Tengok orang ramai nak solat, tak usahlah nak berwirid dan berdoa panjang lebar. Tengok waktu solat dah nak habis, tak payahlah ni baca ayat Quran panjang lebar masa solat.
Yang Pak Haji ambil wuduk tu pun sama juga. Percepatkan lah ambil wuduk tu. Ni orang lain beratur panjang tunggu kau nak wuduk, kau rileks je sapu tangan perlahan-lahan, lepas tu cuci bahagian-bahagian sunat. Ambil yang wajib, dah lah. Kesian orang tunggu lama.
Kalau kau berhadapan dengan situasi macam dalam surau tadi, bolehlah praktikkan cara aku. Solat je kat luar surau, dan persetankan kalau orang pandang pelik. Dia pandang pelik, tapi lastnya dia yang kena qada solat sebab solat terlebih waktu. Padan muka.
Solat Jumaat pun sama jugak. Dah tahu block kereta orang, habis solat tu pergi lah keluar cepat-cepat. Ini dahlah join Imam berdoa, habis doa, pergi beramah mesra pulak dengan jemaah-jemaah lain siap gelak-gelak sambil makan pisang. Orang yang kena block kereta dah rasa panas dah hati sebab menunggu kau ni.
Eyyyyy ya Allahhhhh. Minta jauhlah diri kita dan ahli kaum keluarga kita semua menjadi insan yang takda common sense gini.
SUMBER: FBMufarwa Farid
The post Kisah Solat Di Surau Petronas yang betul-betul mencabar KESABARAN! appeared first on KISAH BENARKU.
Sumber: 1citemalaya
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
No comments: