Elak sebut NO atau Jangan kepada anak sebaliknya guna ayat arahan yang positif
Oleh Shuhadah Khalil
Semenjak dua menjak ini, saya sering ditanya soalan,
“How to say ‘No’ without saying ‘No’ to the kids?”
Dan seminggu dua ini juga saya banyak melihat situasi di mana ada ibu kerap berkata “No no no” pada anaknya, sambil jari telunjuk bergerak ke kiri ke kanan. Kasihannya si anak.
Tak dinafikan, dulu masa anak soleh kecil lagi saya kerap guna perkataan NO. Sehinggalah saya baca satu artikel inggeris (websitenya saya tak ingat), tentang kesan sebutan No pada anak.
Sebenarnya apabila kita kata NO atau JANGAN:
1. Anak hanya dengar ayat selepas perkataan NO atau Jangan itu. Contoh, “jangan lari” anak dengar lari. “Jangan sentuh”, anak dengar sentuh. “Jangan pukul”, anak dengar pukul. Sebab itu lagi kita kata NO, lagi anak buat. Betulkan?
2. NO ini membantutkan perasaan seronok si anak yang ingin mencuba sesuatu. Fasa anak-anak kecil adalah fasa mereka teroka semuaaaa perkara di sekeliling mereka.
3. Kita bertambah stress! Setuju atau tidak, kita memang akan rasa stress lepas sebut NO atau Jangan. Yang ini, penulis itu tak sebut. Cuma dari pengalaman saya, memang boleh rasa level stress naik sikit demi sikit bila kita kerap sebut No/Jangan. Bila kita stress, kita mula marah anak. Dan apabila kita marah, maka kita rugi 60 saat untuk rasa bahagia. Malah, kita ragut 60 saat rasa gembira si anak. Itu kalau kita marah dalam tempoh 60 saat. Kalau lebih dari itu, maka kita dah rugi banyak masa untuk rasa bahagia.
Jadi, apa saya buat dan apa yang dicadangkan oleh penulis adalah berikan arahan yang kita nak anak buat untuk kita. Bukan arahan yang kita nak anak buat untuk diri dia.
Antara ayat yang kita boleh tukar:
1. Don’t go there -> Stay close with Mama
Jangan pergi sana > Kemari dekat Mama.
2. Stop hitting -> keep your hands at your back
Jangan pukul > Sayang kawan (tunjuk contoh sekali).
3. Don’t screaming -> talk nicely
Jangan menjerit > Cakap elok-elok.
4. Don’t run -> walk slowly
Jangan lari > Tolong jalan perlahan-lahan.
5. Don’t climb -> stay on the ground
Jangan panjat > Turun sekarang.
6. Stop jumping -> sit down
Berhenti melompat > Duduk diam-diam.
Dan selebihnya, ibu-ibu bapa-bapa kena lebih kreatif cipta ayat arahan positif.
Nota 1: Beri arahan yang mudah, ringkas dan padat.
Nota 2: Otak ibu atau ayah kena lebih cepat dari mulut yang mahu berkata-kata. Saya memang pening kepala memikirkan ayat sesuai dengan situasi anak, supaya saya tidak sebut NO. Mencabar!
Nota 3: Nak latih tukar ayat ini bukan sehari dua, seminggu dua, sebulan dua. Berbulan-bulan lamanya baru biasa. Jadi, sabar wahai ibu ayah.
Silakan SHARE post ini untuk manfaat semua. Biasakan yang betul, betulkan yang biasa insyaAllah.
Sumber:
Sumber: citeheboh
–> Klik jika rasa post ini patut dibuang
Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog. Sekiranya perkongsian artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Terima Kasih
No comments: